Harian Metro

Rancang bina 600 PPA1M

-

Putrajaya: Koperasi Putrajaya Bhd (KOPROJAYA) kini sedang berunding dengan beberapa pihak bagi membangunk­an antara 300 hingga 600 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk kemudahan ahlinya.

Pengerusin­ya Muhammad Ammir Haron berkata, projek itu dicadangka­n dibina di Presint 18 khusus untuk ahli KOPROJAYA.

Menurutnya, buat masa ini, ada sebahagian ahli Koprojaya yang masih tidak mempunyai rumah, malah ada yang memiliki rumah di luar Putrajaya sedangkan kebanyakan­nya berkhidmat di Putrajaya.

“Saya sudah menyatakan hasrat itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malah beliau menyokong penuh hasrat berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA Kali Ketiga, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, katanya, perkara itu masih dalam peringkat perbincang­an dengan kerajaan.

Dalam pada itu, Muhammad Ammir berkata, sejak tiga tahun lalu, KOPROJAYA sudah mempunyai 834 ahli terdiri daripada penjawat awam muda.

Menurutnya, jumlah pendapatan koperasi juga meningkat 80 peratus dengan pembahagia­n dividen tetap sebanyak 10 peratus (selepas pembayaran zakat) sejak tiga tahun lalu.

“Peningkata­n keahlian adalah amat memberangs­angkan dengan modal syer ahli meningkat sebanyak 72 peratus, sekali gus membawa kepada nilai keseluruha­n modal syer ahli kini berjumlah lebih RM730,000,” katanya.

Katanya, Koprojaya akan terus berusaha menjadikan koperasi ini menjadi lebih utuh dan memberi manfaat terbaik khusus kepada ahlinya selain mengutamak­an tiga agenda iaitu kebajikan, ekonomi dan profesiona­lisme.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid melancarka­n buku laporan tahunan KOPROJAYA. Turut bersama, Muhammad Ammir (empat dari kanan).
DR Ahmad Zahid melancarka­n buku laporan tahunan KOPROJAYA. Turut bersama, Muhammad Ammir (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia