Harian Metro

Pertama kali kenal peneram

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

„ 385 penuntut cipta rekod hasil kuih tradisi

“Saya tidak pernah tahu mengenai kuih cucur peneram ini, apatah lagi memakannya. Bila terbabit dalam program ini, baru saya tahu kuih yang selama ini banyak saya jumpa di Kedah kuih tradisi negeri ini,” kata penuntut Pusat Pengajian Pelanconga­n, Hospitalit­i dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Cheong Wen Nee, 23.

Dia antara 385 penuntut tempatan dan antarabang­sa STHEM yang mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records apabila membuat kuih cucur peneram selama 48 jam tanpa henti.

Cheong yang berasal dari Ipoh berkata, biarpun sering menemui kuih itu dijual di seluruh negeri, dia tak pernah merasai keenakanny­a.

“Sebab itu saya amat teruja bersama rakan yang lain mencipta sejarah menghasilk­an kuih ini selama 48 jam tanpa henti,” katanya ditemui selepas majlis penutup Program Malaysia Book of Records: Penghasila­n Cucur Peneram Selama 48 Jam Tanpa Henti 2016 di pusat pengajian berkenaan, baru-baru ini.

Proses pembuatan kuih itu bermula jam 3 petang pada Isnin lalu dan berakhir jam 3 petang Rabu menyaksika­n 9,500 biji kuih dihasilkan menggunaka­n 50 kilogram (kg ) tepung, 7.5kg gula, 30kg gula merah dan 17 liter air yang dimasak menggunaka­n dua dapur.

Dia berkata, gilirannya membuat kuih itu jam 11.30 malam selama satu jam sebelum berehat.

“Selepas sejam berehat, saya menyambung semula membuat kuih sehingga tamat tugasan sekitar jam 5 pagi,” katanya.

Selain penuntut tempatan, pelajar antarabang­sa termasuk dari China dan Bangladesh terbabit membuat kuih itu dengan setiap peserta bertugas antara 30 minit hingga sejam sebelum diganti penuntut lain tanpa henti.

Dekan STHEM, Profesor Madya Dr Basri Rashid berkata, inisiatif untuk mencatatka­n rekod berkenaan adalah rentetan kejayaan sama yang dihasilkan oleh STHEM pada 2012 apabila menghasilk­an roti jala tanpa henti selama 72 jam.

“Sempena usaha kerajaan negeri mempromosi pelanconga­n ‘Discover Kedah 2016’, kita mengambil peluang ini untuk mempromosi­kan makanan tradisi Kedah kepada masyarakat luar.

“Kita mahu menjalin kerjasama dengan pihak industri bagi memperkena­lkan UUM sebagai hab pendidikan pilihan masyarakat.

“Kuih cucur peneram dipilih kerana ia sangat popular dalam kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, peringkat permulaan kuih tradisi Kedah lain turut disenaraik­an, namun kuih cucur peneram dipilih kerana proses pembuatann­ya agak mudah.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengambil bahagian memasak cucur peneram.
SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengambil bahagian memasak cucur peneram.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia