Harian Metro

Badan gatal mandi air sisa ayam

-

Baling: Satu projek ternakan ikan kolam berhampira­n Sungai Pegang, dekat sini, didakwa menjadi punca pencemaran bau dan air, sekali gus menjejaska­n lebih 500 penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Asam Jawa, Charok Gorok dan Kampung Banggol Asam Jawa.

Penduduk ditemui mendakwa masalah berlaku apabila makanan ikan daripada sisa ayam disalirkan ke sungai itu menyebabka­n airnya berbau busuk dan mengganggu keselesaan mereka yang terpaksa menggunaka­n air sungai untuk aktiviti harian seperti mandi serta membasuh apabila bekalan air paip terputus.

Seorang penduduk, Yusuf Yaakub, 55, dari Kampung Charok Gorok, berkata, pengusaha kolam itu sepatutnya menyediaka­n sistem lebih baik untuk saringan air termasuk penyediaan kolam optik sebelum dilepaskan ke sungai.

“Saya sekeluarga menggunaka­n air sungai itu untuk mandi dan membasuh apabila bekalan air bersih terputus. Air sungai itu sebelum ini jernih dan bersih, namun sekarang bertukar warna hijau dan berbau busuk kerana tercemar dengan sisa makanan ikan.

“Badan saya gatal apabila mandi di sungai itu dipercayai kesan pembuangan sisa daripada kolam berkenaan,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Banggol Asam Jawa, Mansor Abdul Rahman berkata, pihaknya berharap pengusaha kolam itu peka dengan masalah air sungai tercemar itu.

Beliau berkata, terdapat 20 kolam ternakan ikan diusahakan di kawasan itu dan pengusahan­ya menggunaka­n pekerja asing.

Sementara Pengerusi JKKK, Kampung Charok Gorok, Mohd Rashid Awang berkata, kolam ikan di situ terletak di atas bukit dan apabila hujan, sisa pembuangan itu masuk ke anak sungai dan berlaku pencemaran.

“Saya berharap pengusaha mengambil inisiatif menambah baik sistem saliran dan tidak membuang terus ke dalam sungai.

“Kami menyokong ekonomi menjana pendapatan tetapi mestilah mengambil kira kesan pencemaran kerana ia turut mengganggu kesihatan penduduk,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n air Sungai Pegang bertukar hijau kesan pembuangan sisa makanan ikan di Kampung Banggol Asam Jawa.
PENDUDUK menunjukka­n air Sungai Pegang bertukar hijau kesan pembuangan sisa makanan ikan di Kampung Banggol Asam Jawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia