Harian Metro

Tempayan hias laman

- Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

Seorang warga emas di Kampung Padang Temu, di sini, bukan saja menggunaka­n tempayan sebagai tempat simpanan air malah dijadikan perhiasan mengindahk­an lagi landskap halaman rumahnya.

Nordin Ali, 78, setakat ini menyimpan lebih 80 tempayan pelbagai saiz, corak dan warna untuk menghiasi halaman rumahnya sebagai tanda menghargai alat itu yang semakin dilupakan.

Menurutnya, dia mula mengumpul tempayan berkenaan sejak 37 tahun lalu selepas menyedari ia tidak lagi menjadi pilihan masyarakat berikutan adanya sistem saluran air paip yang cekap selain penggunaan baldi secara meluas.

Katanya, dia menggunaka­n kreativiti­nya untuk menyusun pelbagai jenis tempayan sekali gus membentuk landskap menarik bagi menampilka­n keindahan persekitar­an kediamanny­a.

“Saya menggabung­kan susunan tempayan dan pasu ditanam dengan pokok bunga kertas, bonsai dan tanduk rusa untuk mengindahk­an rumah, semua kerja seperti membaja, membersih serta menggembur­kan tanah saya lakukan sendiri.

“Tempayan lama berkenaan buatan Sabah, Sarawak, dan China yang dibeli atau pemberian rakan yang tidak lagi menggunaka­nnya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Nordin berkata, bagi menambah koleksinya, dia ke beberapa kedai di Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor untuk melihat sendiri tempayan ditawarkan untuk jualan.

Satu lagi peralatan lama digunakan Nordin untuk menghias halaman rumahnya adalah batu giling yang amat popular dalam kala- ngan suri rumah di luar bandar satu ketika dulu.

“Batu giling digunakan untuk menghancur­kan cili atau rempah ratus, seperti tempayan, ia semakin dilupakan selepas orang ramai beralih kepada pengisar elektrik. Alat itu saya peroleh hasil sumbangan penduduk selain peninggala­n arwah ibu bapa,” katanya.

Isterinya, Maznah Ali, 57, berkata, dulu tempayan diletakkan di tepi tangga bagi memudahkan tetamu bertandang membasuh kaki sebelum masuk ke rumah.

“Kedua-dua peralatan itu bukan saja mengindahk­an rumah kami, tetapi membolehka­n generasi muda sekarang faham kegunaanny­a,” katanya.

„ Warga emas jadikan peralatan tradisiona­l penyeri landskap

Kuala Lumpur: Walaupun tanpa modal besar atau projek gah, tetapi inisiatif konsisten Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka yang memberikan makanan percuma menerusi program ‘Suspended Meal’ kepada pelajarnya wajar dipuji.

Ketua Projek Suspended Meal UiTM Melaka, Shafezah Abdul Wahab, berkata, projek hasil kerjasama Unit Perhubunga­n Alimni yang bermula awal tahun itu bertujuan meringanka­n kos sara hidup lebih 200 penuntut di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM).

“Kerja amal berkonsepk­an sedekah ini bukan saja memberi makanan percuma kepada mahasiswa, tetapi turut mendidik penuntut berganding bahu dengan pihak universiti sebagai sukarelawa­n,” katanya.

Menurutnya, pada setiap Selasa, sukarelawa­n ‘Suspended Meal’ daripada penuntut FKPM menguruska­n makanan dan minuman percuma untuk penuntut fakulti berkenaan.

Sementara itu, sukarelawa­n program berkenaan, Muhammad Affiq Zulkifle, 20, berkata, program seperti ini perlu diteruskan demi membantu pelajar yang berdepan masalah kewangan.

“Walaupun hanya seminggu sekali, ia amat membantu penuntut menjimatka­n belanja makan,” katanya.

Penerima ‘Suspended Meal’, Nur Izzaty Shaifullah, 19, berkata, sumbangan itu sangat membantuny­a mengurangk­an perbelanja­an mingguan.

“Saya tidak lagi mengikat perut apabila pihak fakulti menyediaka­n makanan untuk kami,” katanya.

Sesiapa berminat memberi sumbangan boleh menghubung­i 019–6013085 atau melayari laman Twitter SuspendedM­eal UiTM Melaka di @SuspendedM­eal.

 ?? Nur Izzaty Shaifullah ?? ANTARA menu makanan yang diberikan kepada pelajar. PENUNTUT FKPM beratur bagi mendapatka­n Suspended Meal. Saya tidak lagi ikat perut apabila pihak fakulti sediakan makanan untuk kami.
Nur Izzaty Shaifullah ANTARA menu makanan yang diberikan kepada pelajar. PENUNTUT FKPM beratur bagi mendapatka­n Suspended Meal. Saya tidak lagi ikat perut apabila pihak fakulti sediakan makanan untuk kami.
 ??  ?? KOLEKSI batu giling disusun di halaman rumah Nordin.
KOLEKSI batu giling disusun di halaman rumah Nordin.
 ??  ?? TEMPAYAN yang tersusun menarik di halaman rumah Nordin Ali di Kampung Padang Temu.
TEMPAYAN yang tersusun menarik di halaman rumah Nordin Ali di Kampung Padang Temu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia