Harian Metro

PENGAWAL TEMBAK BOS

„ Pengawal peribadi berusia 40-an mengamuk di lebuh raya

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Seorang pengawal peribadi menembak mati majikannya bergelar Datuk dan dua orang awam ketika mengamuk di tengah lebuh raya di Georgetown, Pulau Pinang, malam tadi. Suspek turut melepaskan tembakan rambang yang mencederak­an empat lagi mangsa termasuk wartawan RTM,

lapor Hadzlihady Hassan

Tiga maut manakala empat cedera terkena tembakan yang dilepaskan seorang pengawal peribadi yang mengamuk dalam kejadian di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, pengawal peribadi terbabit menaiki kereta bersama mangsa bergelar Datuk dan seorang lagi rakan mereka.

Bagaimanap­un, berlaku pergaduhan dalam kereta berkenaan sebelum suspek melepaskan tembakan hingga menyebabka­n Datuk terbabit meninggal dunia.

Suspek kemudian keluar dari kereta dan mengacukan senjatanya terhadap seorang lagi rakan mereka di tengah jalan membuatkan keadaan trafik menjadi sesak.

Akibatnya, seorang pemandu kereta serta seorang penunggang motosikal maut selepas ditembak dari jarak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama.

Pengguna jalan raya menyangkak­an ada kemalangan dan mereka turut memberhent­ikan kereta.

Secara kebetulan, jurukamera sambilan RTM Mohamad Amirul Amin Amir, 28, bersama rakannya wartawan Sinar Harian Mohd Iskandar Othman, 27, dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang

Ketika itu, saya sempat lihat suspek terus melepaskan tembakan secara rambang hingga membuatkan beberapa pemandu kereta keluar dari kenderaan masing-masing untuk menyelamat­kan diri” Mohd Iskandar

di Sungai Nibong dengan menaiki motosikal.

Mohamad Amirul yang menyangka ada kemalangan dan berhenti untuk memberikan bantuan namun suspek melepaskan tembakan yang terkena bahu kirinya.

Menurut Mohd Iskandar, dia ketika itu menjerit memberitah­u Amirul supaya menjauhkan diri selepas melihat suspek memegang pistol dan mengacukan­nya kepada seorang lelaki.

“Selepas menjerit kepada Amirul saya terdengar bunyi tembakan dan terus melarikan diri kerana bimbang ditembak.

“Ketika itu, saya sempat lihat suspek terus melepaskan tembakan secara rambang hingga membuatkan beberapa pemandu kereta keluar dari kenderaan masing-masing untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek berusia lingkingan 40-an berjaya ditahan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati suspek seorang pengawal peribadi dan berlaku perselisih­an faham dalam kereta hingga menyebabka­n dia melepaskan tembakan.

“Setakat ini, kita masih menjalanka­n siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: MIKAIL ONG ?? TIGA anggota polis menahan suspek di tempat kejadian.
FOTO: MIKAIL ONG TIGA anggota polis menahan suspek di tempat kejadian.
 ??  ?? PENUNGGANG motosikal antara tiga mangsa yang maut.
PENUNGGANG motosikal antara tiga mangsa yang maut.
 ??  ?? MOHAMAD Amirul terkena tembakan ketika dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang bersama rakan wartawan.
MOHAMAD Amirul terkena tembakan ketika dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang bersama rakan wartawan.
 ??  ?? SEORANG pemandu kereta terbunuh terkena tembakan suspek.
SEORANG pemandu kereta terbunuh terkena tembakan suspek.
 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian, malam tadi.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia