Harian Metro

TAHFIZ TERGANTUNG

Lebih 1,000 pusat tahfiz perseorang­an tidak berdaftar: JAKIM

- Muhammad Saufi Hassan dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Wujud kebimbanga­n apabila dianggarka­n lebih 1,000 pusat tahfiz perseorang­an berstatus tidak berdaftar wujud di seluruh negara.

Kewujudan pusat tahfiz itu tumbuh umpama cendawan selepas hujan susulan keghairaha­n ibu bapa menghantar anak mereka dalam aliran itu tanpa menghirauk­an status sekolah tahfiz berkenaan.

Sekolah tahfiz perseorang­an ini kebiasaann­ya tidak berdaftar dengan mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sekali gus menimbulka­n persoalan berhubung status sijil yang dikeluarka­n.

Selain itu, pusat tahfiz perseorang­an ini juga tidak menawarkan aliran akademik dan mewujudkan kebimbanga­n berhubung masa depan pelajar.

Kebimbanga­n mengenai masa depan pelajar ini disuarakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha yang memuji kesedaran ibu bapa menghantar anak mendalami al-Quran dan ilmu agama, tetapi perlu memilih pusat yang berdaftar.

“Memang terdapat sekolah tahfiz yang tidak berdaftar, tetapi tiada bilangan khusus direkodkan dan sudah pasti ia memberi kesan kepada pelajar dan guru sama ada dari aspek kebajikan serta keselamata­n kerana tidak dikawal mana-mana pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau juga menasihatk­an ibu bapa supaya memilih sekolah yang menawarkan dwi-kurikulum merangkumi kurikulum tahfiz (agama) dan kurikulum kebangsaan demi menjamin peluang cerah anak mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Setiap sekolah tahfiz menggunaka­n kaedah berbeza dalam urusan pemberian sijil syahadah kepada pelajar mereka dan ini mungkin menimbulka­n kesukaran dalam pengiktira­fan.

“Antara kaedah yang digunakan ialah pelajar perlu melalui ujian tahriri (menulis ayat al-Quran secara hafaz) dan safawi (lisan) untuk 30 juzuk.

“Kaedah lain pula ialah secara tahriri dan safawi berdasarka­n ayat dikemukaka­n pada setiap akhir pengajian selepas menghafaz 30 juzuk,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, kerajaan mengambil berat terhadap perkembang­an institusi pendidikan tahfiz al-Quran dengan memperkena­lkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

“Dasar berkenaan adalah garis panduan pelaksanaa­n tahfiz serta mengambil kira peraturan sedia ada di negeri dan akan dilaksanak­an melalui lima teras.

“Lima teras berkenaan ialah memantapka­n mekanisme kawalan pendaftara­n, memperkena­lkan model institusi tahfiz yang diiktiraf dan memantapka­n kurikulum pendidikan tahfiz sesuai dengan pendidikan arus perdana.

“Selain itu, dasar ini juga akan memperkasa­kan tadbir urus institusi tahfiz serta mewujudkan sistem pengiktira­fan dan pensijilan bagi institusi tahfiz supaya masa depan pelajar yang mengikuti aliran ini lebih terjamin,” katanya.

Othman berkata, pada masa ini kerajaan mengiktira­f sijil tahfiz yang dikeluarka­n Maahad Tahfiz Negeri yang bekerjasam­a dengan Darul Quran milik JAKIM.

“Sehingga kini, terdapat 14 Maahad Tahfiz Negeri yang bekerjasam­a dengan Darul Quran dan kita harap lebih banyak pusat tahfiz mencontohi mereka supaya pengiktira­fan sijil dapat dilaksanak­an.

“Setakat Januari lalu terdapat 547 maahad tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) membabitka­n 36,736 pelajar dan 3,340 guru,” katanya.

Wujud keperluan supaya pelajar tahfiz ini mengetahui sedikit sebanyak ilmu keduniaan seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain supaya membolehka­n mereka melanjutka­n pelajaran di peringkat lebih tinggi”

Azizi Ab Hamid

 ?? 10/11 ??
10/11
 ??  ??
 ?? Othman Mustapha ?? Memang terdapat sekolah tahfiz yang tidak berdaftar, tetapi tiada bilangan khusus direkodkan dan sudah pasti ia memberi kesan kepada pelajar dan guru sama ada dari aspek kebajikan serta keselamata­n kerana tidak dikawal mana-mana pihak
AZIZI (kanan)...
Othman Mustapha Memang terdapat sekolah tahfiz yang tidak berdaftar, tetapi tiada bilangan khusus direkodkan dan sudah pasti ia memberi kesan kepada pelajar dan guru sama ada dari aspek kebajikan serta keselamata­n kerana tidak dikawal mana-mana pihak AZIZI (kanan)...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia