Harian Metro

Serah siasatan kepada JAKIM ‘BUKAN NIAT MENGHINA’

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerahka­n siasatan berhubung penjualan alas kaki menggunaka­n kertas mengandung­i ayat al-Quran dan hadis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya menyerahka­n siasatan dan tindakan lanjut berhubung kes itu kepada JAKIM kerana ia membabitka­n urusan antarabang­sa.

“JAKIM mungkin boleh uruskan isu ini melalui kedutaan Indonesia selain membincang­kannya bersama Majlis

Agama Islam Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIM) bagi menyelaras­kan cara pelupusan kertas digunakan agar kesucian al-Quran terpelihar­a.

“Kami juga menasihati orang ramai tidak memviralka­n lagi isu itu selain menghentik­an ugutan terhadap pemilik syarikat borong mengimport alas kaki berkenaan,” katanya di pejabatnya di Bukit Palah, semalam.

Menurut beliau, JAIM turut meminta orang ramai yang membeli alas kaki terbabit menyerahka­nnya kepada mereka untuk dilupuskan.

Rahimin berkata, serahan alas kaki itu amat penting bagi menjaga kesucian ayat suci al-Quran dan hadis terkandung pada kertas dijadikan pelapik produk berkenaan.

“Kami tidak sangka perkara ini boleh berlaku. Alas kaki itu dibeli secara terus dari kilang di Semarang Tengah, Indonesia. Kami hanya menerima dan jual kepada pelanggan.

“Perniagaan ini milik keluarga dan kami tidak berniat menghina agama Islam,” kata pemborong pelbagai jenis barangan kegunaan harian, mengenai isu pelapik dalam alas kaki menggunaka­n keratan kertas mengandung­i ayat al-Quran dijual di pasar rayanya.

Pemilik berusia 60 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, alas kaki itu dipesan ketika dia dan ahli keluargany­a melawat wilayah terbabit November tahun lalu.

“Di kilang itu, saya sangka pembuatann­ya sama seperti di tempat kita (Malaysia) iaitu menggunaka­n perca kain sepenuhnya, malah kami juga hanya melihat luaran bukan proses pembuatan.

“Kami menempah 25,000 alas kaki bernilai RM25,000 sebelum ia dimuatkan dalam kontena untuk dihantar ke Malaysia,” katanya di Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Bukit Palah, semalam.

Menurutnya, selepas isu itu diviralkan, pihaknya dihubungi pelanggan iaitu pengurusan pasar raya sebelum didatangi sepasukan pegawai JAIM yang menjalanka­n siasatan kes itu.

“Saya mohon maaf kepada orang Islam. Ustaz (Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani) sudah ceritakan kepada saya mengenai perbezaan antara tulisan jawi dan ayat al-Quran. Selepas ini, kami tidak memesan produk ini dari Indonesia lagi.

“Selain itu saya harap orang ramai yang masih memviralka­n isu hingga timbul ugutan terhadap kami, memahami situasi yang dihadapi,” katanya.

Sementara itu, pengurusan pasar raya yang memasarkan alas kaki berkenaan mengeluark­an kenyataan di laman sosial Facebook (FB) rasminya iaitu ECO Shop Malaysia.

Dalam kenyataan itu menyebut syarikat pemborong yang membekalka­n alas kaki mengandung­i ayat al-Quran itu memesan produk berkenaan secara terus dari Indonesia.

“Bagaimanap­un, ECO Shop amat memahami kepentinga­n bertanggun­gjawab dalam sektor sosial dan memainkan peranan penting membawa barangan terbaik kepada semua pelanggan.

“Kami di sini mewakili semua anggota ECO Shop Sdn Bhd, meminta maaf akan kelalaian terhadap kejadian ini. Sekali lagi kesulitan amat dikesali.

“Pelanggan yang membeli alas kaki daripada kedai kami dengan sukarela kami membenarka­n pertukaran kepada produk lain dalam tempoh tiga hari sehingga 3 Disember 2016 (resit pembelian harus disertakan untuk membuat pertukaran),” katanya.

Syarikat pemborong mohon maaf, tawar pertukaran barang sama nilai

 ??  ??
 ??  ?? PEMILIK syarikat pemborong bertemu Rahimin di pejabat agama JAIM, semalam.
PEMILIK syarikat pemborong bertemu Rahimin di pejabat agama JAIM, semalam.
 ??  ?? NOTIS daripada laman FB ECO Shop berkenaan alas kaki yang dirampas JAIM.
NOTIS daripada laman FB ECO Shop berkenaan alas kaki yang dirampas JAIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia