Harian Metro

MENGHITUNG HARI

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan @hmetro.com.my

Mia Ahmad dan penjaga gol JDT bakal bersatu 13 Januari depan

Pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan mengumumka­n akan disatukan sebagai suami isteri pada 13 Januari depan.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, majlis akad nikah akan berlangsun­g pada sebelah pagi di Villa Sentosa, Taiping, Perak.

“Selepas lapan bulan mengenali hati budi masing-masing, kami akhirnya bersedia melangkah ke jenjang pelamin.

“Perancanga­n dibuat dalam tempoh yang singkat dan gembira apabila bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi.

“Majlis akad nikah akan diadakan pada 13 Januari 2017 dan keesokan harinya (14 Januari) berlangsun­g majlis resepsi di Kelab Golf Taiping. Tetamu terdiri daripada keluarga saya dan Izham,” katanya pada sidang media semalam.

Mia yang mencipta nama menerusi drama Hati Perempuan, mula berkenalan dengan Izham apabila jejaka itu sering menegurnya di laman sosial Twitter.

“Ketika itu saya tidak tahu dia pemain bola sepak. Cuma saya rasa pelik kerana setiap kali dia menegur di Twitter, peminat pasti kecoh mengusik kami.

“Apabila tahu identiti sebenarnya, saya tidak lagi melayan dia kerana bimbang dipandang serong peminat. Apatah lagi Twitter boleh dilihat pengikut saya.

“Bagaimanap­un

Izham tidak mudah berputus asa apabila terus memikat saya dan itu antara faktor saya menerimany­a,” kata Mia.

Mia menjelaska­n tiada majlis pertunanga­n tetapi keluarga Izham menghantar rombongan merisik dua minggu lalu.

Izham, 26, mengakui terpikat dengan Mia apabila menonton drama Hati Perempuan.

“Mia ada ciri-ciri wanita idaman saya dan sejak itu mula mengikuti perkembang­annya di laman sosial.

“Apabila mengenalin­ya, saya dapat pengalaman baru terutama apabila menyelami kehidupann­ya sebagai pelakon.

“Saya tiada masalah menyesuaik­an diri dengan kariernya,” katanya yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut pasangan ini persiapan perkahwina­n mereka setakat ini sudah siap 80 peratus.

Majlis resepsi pengantin lelaki akan diadakan di Marang, Terengganu Mac

2017.

 ??  ?? MIA Ahmad MOHD Izham
MIA Ahmad MOHD Izham
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia