Harian Metro

Tragedi tragis sebelum majlis kahwin

-

Georgetown: “Hasrat anak saya untuk mengadakan majlis perkahwina­nnya pada Disember tahun depan tidak kesampaian apabila dia pergi meninggalk­an kami buat selama-lamanya dengan cukup tragis,” kata bapa mendiang Choi Hon Ming, 32, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban selepas terkena tembakan di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, malam kelmarin.

Choi Wee Hong, 75, berkata, dia sedih dengan kejadian menimpa Hon Ming kerana apa yang terjadi terlalu susah diungkapka­n dengan kata-kata dan tidak mampu diterima dalam sekelip mata.

Menurutnya, dia diberitahu pada malam kejadian itu, Hon Ming dalam perjalanan ke Butterwort­h atas urusan perniagaan kerana anaknya adalah seorang artis profesiona­l dalam persembaha­n badut.

“Kami sekeluarga tidak menyangka Hon Ming mati ditembak dengan begitu kejam sekali oleh penjenayah dan kami sukar menerima kenyataan termasuk isterinya yang kini berada di Arab Saudi kerana bekerja sebagai jururawat.

“Saya sudah memaklumka­n kepada isterinya apa yang terjadi dan dia akan pulang dengan kadar segera untuk melihat mendiang Hon Ming sebelum disemadika­n,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, semalam.

Mayat Hon Ming dibawa keluar dari HPP pada jam

1.45 tengah hari untuk dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat di Jalan Batu Gantung bagi upacara sembahyang dan majlis pengebumia­n dijangka diadakan pada Isnin depan.

Sementara itu, mayat seorang lagi mangsa, M Senthil, 38, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HPP kira-kira jam 3 petang selepas dibedah siasat dan dituntut pihak keluarga bagi upacara pengebumia­n.

Abang ipar mangsa, L Puvan, 36, berkata, dia yang sudah menunggu di Jabatan Perubatan Forensik HPP sejak jam 9 pagi terlalu sedih mengenang apa yang terjadi kepada adik iparnya kerana kejadian berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, Senthil dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Jaya selepas menghantar bunga untuk satu upacara keagamaan sebelum beberapa ahli keluarga dikejutkan dengan kejadian tembakan itu.

“Isterinya, L Thatyani cuba menghubung­i telefon bimbit suaminya berkali-kali, tetapi tidak dijawab selain pesanan WhatsApp tidak dibalas dan kami semua terkejut selepas diminta buat pengecaman mayat.

“Motosikal dan kemeja-T dipakai mengesahka­n itu adalah mayat Senthil dan mayatnya dibawa pulang ke Prai untuk upacara pengebumia­n yang dijangka dilakukan pada esok (hari ini),” katanya.

 ??  ?? SENTHIL AHLI keluarga mendiang Senthil sebak ketika dibawa melihat mayat.
SENTHIL AHLI keluarga mendiang Senthil sebak ketika dibawa melihat mayat.
 ??  ?? CHOI Poh Peng (kiri) kakak kepada Hon Ming di luar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
CHOI Poh Peng (kiri) kakak kepada Hon Ming di luar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
 ??  ?? HON Ming
HON Ming
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia