Harian Metro

‘INGAT KENA PRANK’

-

“Saya pada mulanya sangka terkena ‘prank’ kerana selepas ditembak, Amirul hanya berjalan seperti biasa dan terus menghubung­i telefon bimbit saya tidak lama selepas itu,” kata wartawan Sinar Harian Mohd Iskandar Othman, 27, saksi kejadian kes tembak yang menyebabka­n tiga mangsa maut di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, dia ketika itu sempat melihat jurukamera sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Mohamad Amirul Amin Mohamed Amir berjalan sambil memegang bahu kiri se- lepas terkena tembakan.

“Fikiran saya ketika itu berkecamuk kerana Amirul dilihat hanya berjalan seperti biasa sambil memegang bahu kirinya dan saya sangka dia hanya berlakon.

“Saya ketika itu sudah lari bersembuny­i di celah kereta pengguna jalan raya lain, malah beberapa pemandu dilihat turut bertempiar­an melarikan diri keluar dari kenderaan masing-masing,” katanya.

Menurut Iskandar, dia mendengar beberapa das tembakan dilepaskan suspek dan ketika melarikan diri, dia terasa lelaki terbabit seperti sedang mengejarny­a.

“Namun, tidak lama selepas itu, Amirul sempat menghubung­i saya serta meminta datang kepadanya membuatkan saya mula berfikir kemungkina­n kejadian itu hanya ‘prank’ dan mahu mengenakan saya.

“Bagaimanap­un, sebaik menghampir­inya, saya terkejut melihat bahu kiri Amirul berlumuran darah dan sedar kejadian terbabit memang satu kenyataan dan bukan gurauan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN Mohamad Amirul Amin sebelum pembedahan di Hospital Pulau Pinang, semalam.
KEADAAN Mohamad Amirul Amin sebelum pembedahan di Hospital Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia