Harian Metro

TRAGEDI 2 PAGI

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Lelaki maut ditetak enam penjenayah bertopeng

Pergelanga­n tangan kanan hampir putus, manakala belakang badan, kaki kiri serta telinga mempunyai luka besar hingga menyebabka­n kehilangan banyak darah dan meninggal dunia.

Itu yang berlaku ke atas seorang penarik kereta selepas dia dipercayai ditetak enam lelaki bertopeng dengan pedang dan senjata tajam di depan rumahnya di Kampung Air Merah, Batu Gajah dekat Tanah Merah, jam 2 pagi semalam.

Mangsa, Wan Ishak Wan Daud, 48, meninggal dunia serta-merta dan insiden tragik itu turut disaksikan isteri dan empat anaknya yang berusia dua hingga 18 tahun.

Difahamkan, akibat ketakutan, isteri mangsa dan empat anaknya mengurung diri di dalam rumah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa dan isteri serta anaknya sedang tidur.

“Suspek menaiki beberapa kereta memanggil mangsa sebaik tiba di depan rumah dan mula menyerang dengan senjata tajam termasuk pedang.

“Mangsa mengalami kecederaan serius hampir di seluruh badannya, rebah dan meninggal dunia serta-merta.

“Adik lelakinya yang berusia 37 tahun tinggal berdekatan kemudian datang membantu mangsa selepas mendengar bunyi bising, namun suspek ketika itu sudah melarikan diri,” katanya ketika ditemui di Masjid Omar Abdul Aziz, Ketereh, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman dan Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superinten­dan Suzaimi Mohamad.

Beliau berkata, dendam dipercayai punca mangsa diperlakuk­an sedemikian rupa dan kecekapan pihaknya membolehka­n enam suspek terbabit dikenal pasti dalam tempoh kurang 24 jam.

“Ketika ini usaha memburu enam suspek giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia