Harian Metro

DIARAH BELA DIRI

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalilzura_jalil@hmetro.com.my

„ Bekas Ketua JSJ Kuala Lumpur pilih

beri keterangan bersumpah

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap pertuduhan dengan sengaja gagal mengisytih­arkan punca perolehan harta, tiga tahun lalu.

Hakim

Sohaini

Alias memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah juga membenarka­n permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed untuk meminda pertuduhan dengan menambah perkataan dengan sengaja sebelum ayat gagal mematuhi terma notis dalam pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 6 Februari depan untuk prosiding bela diri. Ku yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi.

Pada prosiding peringkat pendakwaan yang bermula dari 4 Mei hingga 3 Ogos lalu, tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Ku didakwa dengan sengaja gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) bertarikh 23 Disember 2013, yang mana tertuduh gagal mengisytih­arkan segala punca perolehan dalam pernyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.

Ku didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 49(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia