Harian Metro

Gelagat cuit hati

- Nasharuddi­n Muhammad, Mohd Nasif Badruddin, Hairulazim Mahmud, Siti Fatimah Hassan dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

„ Pengerusi Tetap curi tumpuan buat lawak berkisar jagung

Gelagat Pengerusi Tetap Tan Sri Badruddin Amiruldin yang mengambil peluang mempromosi­kan Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2016 pada Perhimpuna­n Agung UMNO, semalam, mencuit hati pemimpin dan perwakilan.

Beliau yang sememangny­a terkenal dengan lawak jenaka spontan kali ini menggunaka­n setongkol jagung sebagai bahan ‘promosinya’.

“Jagung ini dalam dia elok saja kerana disaluti bulu. Ada bulu banyak yang terkeluar warnanya keperangan kerana ia terdedah kepada cahaya matahari tetapi ‘bulu’ dalam elok warna putih kerana dilindungi kelopak jagung.

“Selain itu, jagung kita tak sebut sebiji sebab dia ada banyak biji tapi kita sebut setongkol,” katanya sambil menjulang setongkol jagung disambut gelak ketawa perwakilan ketika perbahasan usul ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Badruddin yang juga Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n berkata, Malaysia mahu menghasilk­an jagung seperti yang ditanam di Jepun kerana bahan makanan itu boleh terus dimakan mentah kerana isi yang lembut dan manis.

Sambil mengusap-usap tongkol jagung berkenaan, beliau mengajak semua perwakilan mengunjung­i MAHA 2016 yang diadakan mulai 1 hingga 11 Disember ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Beliau terus bercakap mengenai kelebihan bahan makanan berkenaan yang memiliki banyak khasiat apabila dimakan antaranya mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

“Jagung ini bagus untuk pasangan, boleh direbus kemudian tok dan nek boleh makan sama-sama, lepas itu apabila cucu masuk ‘tidoq’, bolehlah sembang,” katanya lagi menyebabka­n perwakilan riuh rendah ketawa. Tugas dan peranan anggota paramedik menjadi antara perkara dititikber­atkan sepanjang Perhimpuna­n Agung UMNO 2016 berlangsun­g bagi memastikan aspek kesihatan membabitka­n ribuan perwakilan yang membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sentiasa dalam perhatian.

Ia ditambah pula dengan suasana sesak yang memungkink­an segelintir pengunjung khususnya warga emas berdepan dengan masalah kesihatan selain faktor cuaca dan suhu sejuk dalam PWTC.

 ??  ??
 ??  ?? DATUK Seri Najib Razak dan Naib Presiden yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) ketawa ketika Badruddin menceritak­an perihal jagung pada Perhimpuna­n Agung UMNO, semalam.
DATUK Seri Najib Razak dan Naib Presiden yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) ketawa ketika Badruddin menceritak­an perihal jagung pada Perhimpuna­n Agung UMNO, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia