Harian Metro

USAH GOYANG KAKI

-

„ Graduan menganggur digesa ambil

peluang kerja diisi warga asing

“Anak muda kena rebut peluang dan datang ke depan untuk bersama-sama kita. Jangan hanya tengok pekerja asing ambil peluang dan jangan hanya rasa selesa dan beristireh­at saja di rumah.

“Ada yang kata tak payah kerja tak apa kerana ada ibu bapa yang boleh bagi makan. Ambil peluang yang ada. Apa salahnya separuh daripada 1.9 juta pekerja asing di negara ini, kita ambil peluang bekerja dan terima pendapatan minimum RM1,000,” kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Beliau berkata, kerajaan memang memberikan perhatian serius mengenai kadar penganggur­an yang ketika ini terdiri daripada 3.1 peratus daripada penduduk negara termasuk dalam kalangan graduan pelbagai bidang.

Menurutnya, ruang begitu besar yang diisi oleh pekerja asing itu sepatutnya direbut oleh graduan, namun atas pelbagai faktor termasuk kekurangan minat, berasa selesa dan berlainan kelayakan membuatkan mereka terlepas peluang.

“Ketika ini, ada kira-kira 1.9 juta pekerja asing termasuk 100,000 ekspatriat luar yang pekerjaan itu sepatutnya direbut oleh graduan kita.

“Sebab itu, di bawah Kementeria­n Sumber Manusia, kita ada Majlis Kemahiran Kebangsaan dan kita bersama dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan turut bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Kita ada agensi seperti Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran dan Perbadanan Sumber Manusia Berhad.

“Jadi, kita ada dana untuk melatih pekerja yang mahu meningkatk­an taraf kelayakan seperti program pameran kerjaya di seluruh sembilan lokasi Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di seluruh negara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu graduan menganggur pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran berkata, tidak timbul isu diskrimina­si kerana pekerja asing masuk ke sini untuk mengisi ruang yang ditinggalk­an pekerja tempatan.

“Di kementeria­n, kita peruntukka­n sumber yang cukup besar, kita minta majikan sediakan latihan dan penempatan sekali untuk beri ikut kelayakan.

“Anak muda kena rebut peluang dan apa yang perlu, anak muda ke depan bersama kita,” katanya.

Ismail berkata, beliau mengambil peluang mendengar perbahasan pada perhimpuna­n kali ini terutama hal berkaitan kementeria­nnya dan mengakui ada perwakilan yang menyebut beberapa perkara yang sedang diberi perhatian oleh kerajaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia