Harian Metro

MISTERI LUMPUR BEBUAK

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Licin, likat dan suam. Itu gambaran keadaan lumpur bebuak yang terkenal di Kampung Meritam, di sini, sehingga menjadi tumpuan pengunjung kerana dikatakan mampu menjadi terapi dan merawat penyakit kulit.

Walaupun tiada kajian saintifik dilakukan, pengunjung percaya kawah lumpur di kawasan seluas empat hektar di kampung yang terletak 50 minit perjalanan dari bandar Limbang itu mempunyai khasiatnya tersendiri.

Lumpur yang biasanya wujud di kawasan gunung berapi itu dikatakan wujud di kampung berkenaan sejak ratusan tahun lalu namun sehingga kini tiada fakta jelas mengenainy­a.

Ketika ini, lebih 40 kawah lumpur yang aktif pelbagai saiz antara satu ke dua meter berada di tapak lumpur bebuak. Bagi kawah besar, ia mampu menempatka­n 10 hingga 20 individu dalam satu masa.

Ketua Kampung Meritam, Mahmud Gampal berkata, sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana kawah lumpur berkenaan boleh muncul kerana ada versi mendakwa ia berpunca dari air laut akibat banjir, malah ada mendakwa pernah berlaku gegaran di kampung berkenaan sehingga terbentukn­ya kawah.

Menurut Mahmud, sifatnya yang sering meletus dan menghasilk­an bunyi pelik menyebabka­n penduduk tempatan menggelark­an lumpur ajaib itu sebagai lumpur bebuak.

“Kawah lumpur bermula dengan terbentukn­ya busut sebelum meletus dan mengeluark­an bunyi seakan-akan cecair likat yang membuak-buak.

“Kejadian sama berulang beberapa minit kemudian. Selepas beberapa hari, ia akan menghasilk­an kawah besar dipenuhi lumpur kehitaman yang likat, licin dan suam,”katanya.

Menariknya,

menurut Mahmud, lumpur di kawasan itu sentiasa becak tanpa mengira keadaan cuaca sama ada kemarau atau musim hujan.

“Selepas beberapa minggu, kawah bebuak ini akan kering dan menjadi seperti pasir atau digelar buta. Namun, ia bukan pengakhira­n kerana akan ada kawah baru muncul di kawasan itu.

“Kawah lumpur bebuak ini berpindah-pindah dan ada satu ke dua kawah muncul di hutan milik tanah persendiri­an di kampung ini, tetapi ia tidak dikomersia­lkan,” katanya.

Mengenai ciri-ciri lumpur bebuak ini, Mahmud berkata, rasanya agak masin dan teksturnya yang licin memang sesuai untuk dilumur satu badan sebagai ‘masker’, malah dikatakan boleh menjadi terapi untuk

„ Busut berbunyi pelik

dikatakan mujarab rawat penyakit kulit

menenangka­n minda.

Katanya, lumpur itu tidak berdasar kerana apabila berada dalam kawah, pengunjung seakan-akan terapung seperti berada di laut mati.

“Banyak misteri mengenai kewujudan lumpur ini yang belum terungkai termasuk keberkesan­annya merawat penyakit.

“Ada penduduk mendakwa mempunyai pengalaman tersendiri apabila lumpur panas berkenaan dikatakan boleh mengurangk­an rasa gatal kulit apabila disapu berulang-kali,”katanya.

Keunikan lumpur bebuak ini menjadikan Kampung Meritam lokasi tarikan pelancong terutamany­a dari Brunei yang ingin merasai pengalaman berendam dalam lumpur.

 ??  ?? LUMPUR bebuak dikatakan berkhasiat kerana membantu merawat penyakit kulit dan sebagai terapi menenangka­n minda.
LUMPUR bebuak dikatakan berkhasiat kerana membantu merawat penyakit kulit dan sebagai terapi menenangka­n minda.
 ??  ?? PENGUNJUNG berendam dalam lumpur kawah bebuak.
PENGUNJUNG berendam dalam lumpur kawah bebuak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia