Harian Metro

‘KAHWIN’ SILANG

- Nor 'Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Pertanian hibrid tingkat lebih hasil, kualiti

Sekali pandang tanaman ini seperti pokok hiasan tetapi sebenarnya adalah pokok sayur-sayuran jenis menjalar yang ditanam secara hibrid menggunaka­n kaedah ‘canopytech­ture’.

Canopytech­ture ialah sistem struktur penyokong ringkas yang direka bentuk oleh Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk penanaman tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar.

Ia adalah struktur berpara khas yang direka bentuk bersama dengan sistem pasuan ‘self-watering container’ bagi membolehka­n tanaman itu melilit, menjalar dan berpaut.

Keunikan tanaman itu boleh dilihat di MAHA 2016, yang ditanam oleh petani muda Nur Khalida Zakiriah, 25, di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), sehingga 11 Disember.

Nur Khalida berkata, tanaman hibrid canopytech­ture adalah satu kaedah pertanian moden yang sesuai diaplikasi­kan untuk pertanian bandar.

“Tanaman ini adalah hasil daripada pendebunga­an silang antara dua variasi tumbuhan yang berlainan yang dilakukan secara komersial bagi mendapatka­n hasil tanaman lebih berkualiti berbanding kaedah konvension­al,” katanya.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, setakat ini lebih 50 jenis tanaman hibrid yang ditanam di rumah sewanya di Rawang dan ibu bapanya di Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia