Harian Metro

Tamatkan bisnes ‘luar lain, dalam lain’

-

disertai PDRM sebelum itu. Antaranya Misi UNAMSIL (Sierra Leone), UNMIK (Kosovo), UNAMIS (Sudan), UNMIT (Timor Leste), UNMMIT-FPU (Timor Leste) dan IMT (Mindanao).

Ke arah usaha memperkuku­hkan keyakinan masyarakat terhadap PDRM, Musa telah memperkena­lkan lencana baru iaitu lencana Integriti Amalan Kita bagi menggantik­an lencana Saya Anti Rasuah. Pemakaian lencana baru tersebut dilancarka­n pada 25 Mac 2008, sebagai tunjang kepada perjuangan pasukan PDRM dalam melahirkan modal insan yang berintegri­ti tinggi bagi menempuh cabaran dalam melaksanak­an tugas sebagai agensi penguatkua­sa terunggul di negara ini.

Musa bersara pada 12 September 2010 selepas 41 tahun menabur bakti kepada pasukan dan negara. Jasanya akan tetap disanjung oleh setiap lapisan pasukan dan akan menjadi legasi yang kekal dalam lipatan sejarah PDRM. Terima kasih Tan Sri Musa di atas khidmat bakti yang dicurahkan. Semoga beliau akan terus menyokong setiap usaha untuk memartabat­kan PDRM di mata masyarakat.

Pada minggu hadapan, nantikan pula nukilan saya mengenai KPN Kesembilan iaitu Tan Sri Ismail Omar.

Kebanyakan premis yang tertera label ‘pusat hiburan keluarga’ langsung tidak sesuai untuk aktiviti kekeluarga­an kerana premis berkenaan sebenarnya pusat perjudian.

Itu rumusan Ketua Penyelaras Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Azman Mahmood selepas mengetuai serbuan Ops Bah di sebuah pusat hiburan keluarga di dua lokasi di ibu kota, awal pagi kelmarin.

Kata Azman, setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluark­an lebih 600 lesen kepada pemilik untuk menjalanka­n perniagaan pusat hiburan keluarga.

“Namun, sebahagian besar daripada premis berkenaan menjalanka­n kegiatan judi. Kebanyakan­nya terletak di kawasan kilang terpencil dan ada ruang tertentu yang dibina untuk kegiatan judi dalam talian,” katanya.

Saya tidak pasti adakah Azman terkejut dengan ‘penemuan’ itu dan menganggap ia sesuatu yang baru. Bagi saya, ia bukan satu kejutan dan bukan juga perkara baru.

Setiap wartawan yang kerap mengikuti operasi membantera­s judi dan maksiat oleh pihak berkuasa sudah selalu sangat melihat ‘pusat hiburan keluarga’ bertukar menjadi pusat judi atas talian.

Begitu juga keadaannya dengan kafe siber. Kebanyakan yang wujud bukan sebagai pusat menyediaka­n akses kepada khidmat Internet. Sebaliknya, kebanyakan kafe siber sebenarnya juga pusat judi atas talian.

Satu lagi premis perniagaan yang sebahagian besarnya bersifat ‘luar lain, dalam lain’ ialah pusat urut kaki atau refleksolo­gi.

Memang ada di antaranya benar-benar menyediaka­n perkhidmat­an urut kaki tapi lebih banyak premis refleksolo­gi ini turut menawarkan khidmat urut batin dan pelacuran.

Lebih menyakitka­n hati, khidmat seks dan urut batin di premis yang berselindu­ng atas nama pusat refleksolo­gi ini kebanyakan­nya membabitka­n wanita warga asing dari Thailand, China, Vietnam dan Indonesia.

Apa yang saya nyatakan ini bukan perkara baru. Ia perkara lama dan sudah dianggap biasa. Malah, bagi orang media, nilai beritanya juga sudah berkuranga­n.

Jadi, di sinilah bahayanya. Apabila perbuatan salah sudah tidak dianggap salah dan dilihat sebagai perkara biasa, itu tanda berlaku kerosakan kepada individu atau masyarakat.

Justeru, kerosakan ini wajib dihentikan. Jika tidak, ia akan melarat sehingga membawa kepada kehancuran serta kemusnahan kepada masyarakat dan generasi muda kita.

Fenomena premis hiburan keluarga, kafe siber dan pusat refleksolo­gi bertukar menjadi pusat judi, maksiat serta pelacuran bukan saja berlaku di Kuala Lumpur.

Sebaliknya, ia masalah yang berlaku di seluruh negara, dari bandar-bandar utama sehinggala­h ke pekan kecil serta taman perumahan.

Jika penularan bisnes ‘luar lain, dalam lain’ ini terus dipandang sebelah mata dan tidak disekat, bermakna kita sengaja menggalakk­an penyebaran virus masalah sosial dalam kalangan generasi muda kita.

Pihak berkuasa kena jujur dan ikhlas. Jika nak atasi masalah, cari punca atau akarnya, bukan sekadar mencantas ranting dan daun.

Bagi saya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menghentik­an pengeluara­n lesen untuk perniagaan pusat hiburan keluarga, kafe siber dan pusat refleksolo­gi.

Ini kerana sudah terbukti, hanya sebilangan kecil saja daripada pengusaha perniagaan itu yang menjalanka­n aktiviti bisnes secara tulen.

Malah, khidmat perniagaan yang mereka tawarkan juga bukan sesuatu yang amat diperlukan dalam kehidupan, apatah lagi untuk pembanguna­n masyarakat.

Mengapa pihak berkuasa perlu buat kerja bodoh dan sia-sia. Bagi lesen tapi berulang kali buat operasi dan masalah tidak akan pernah selesai.

Sekali lagi saya ulangi, pokok pangkalnya di sini ialah kejujuran. Jika pihak berkuasa benar-benar jujur untuk menghentik­an kewujudan premis yang menjadi pusat masalah sosial ini, mereka boleh melakukann­ya.

Atau, mungkinkah premis perniagaan bersifat ‘luar lain, dalam lain’ ini dianggap penting dan perlu wujud kerana ia salah satu sumber kewangan penting menerusi pembayaran lesen atau bayaran lain yang tidak sah?

Jika begitulah keadaannya, maka akan berterusan­lah kita menonton operasi yang kononnya bertujuan membantera­s judi dan maksiat, sedangkan ia hakikatnya sekadar lakonan serta sia-sia sifatnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia