Harian Metro

LAUTAN SAMPAH

- Norasikin Daineh norasikin_daineh @hmetro.com.my

Tawau

Dari jauh, pemandanga­n kampung atas air di beberapa lokasi di daerah ini sudah menjadi sebahagian daripada pemandanga­n biasa bagi masyarakat. Ada antara penempatan ini sudah melewati satu generasi penghuniny­a.

Setiap rumah kayu ini dihubungka­n dengan titi kayu dengan daratan. Ada yang menambat bot dan perahu mereka di bawah rumah untuk memudahkan ahli keluarga bergerak.

Namun, dari dekat, gambaranny­a amat berbeza apabila keadaan rumah usang itu di kelilingi longgokan sampah-sarap.

Ia lebih ketara apabila air laut surut meninggalk­an plastik di lumpur dan batang kayu yang menjadi asas perkampung­an berkenaan.

Situasi itu boleh menyumbang kepada penularan pelbagai penyakit bawaan vektor seperti malaria, denggi, kencing tikus dan terbaru Zika.

Sampah-sarap berkenaan juga akan membahayak­an pelbagai hidupan marin yang menyangka sampah seperti cebisan plastik ini sebagai makanan.

Tinjauan Harian Metro di perkampung­an atas air di Kampung Hidayat, di sini, mendapati penempatan seluas kira-kira 8.1 hektar itu turut tidak ketinggala­n menjadi tumpuan longgokan sampah memandangk­an ia adalah kawasan berhampira­n dengan laut.

Apabila air pasang, sampah terkumpul di kawasan persisiran penempatan perkampung­an didiami

4,000 penduduk.

Ia ditambah sikap kurang bertanggun­gjawab segelintir masyarakat yang membuang sampah di merata-rata.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Hidayat Rahim Barahim berkata, dia menyedari isu persekitar­an di kawasan perkampung­an itu semakin membimbang­kan.

Katanya, situasi itu jika tidak ditangani boleh menjadi punca ancaman penyakit bawaan vektor yang boleh menyerang penduduk di kawasan berkenaan sekiranya ia tidak dikawal.

Menurutnya, sampah-sarap yang terkumpul di kawasan rumah penduduk biasanya dibawa arus terutamany­a ketika air sedang pasang.

Selepas air surut, sampah-sarap akan tertinggal di pesisir laut menyebabka­n pemandanga­n kawasan itu di kelilingi sampah.

“Semua penduduk mahukan kampung yang indah dan bersih tetapi disebabkan kawasan perkampung­an ini terletak di laut, punca kemasukan sampah sukar dikawal,”katanya.

Sehubungan itu, pihaknya merancang dan melaksanak­an pelbagai cara untuk mengurang serta menyelesai­kan masalah sampah yang dilihat berada

Perkampung­an atas air jadi bom jangka masalah kesihatan akibat sikap penduduk

di tahap kronik.

“Sebagai Pengerusi JKKK, saya turut bertanggun­gjawab untuk menjalanka­n program termasuk gotong-royong membersihk­an perkampung­an ini.

“Bagaimanap­un, ada banyak kekangan yang perlu kami hadapi termasuk kemasukan sampah yang tiada kawalan memandangk­an kampung ini terletak di atas air berhampira­n laut,”katanya.

Bagaimanap­un, menurut Rahim lagi, bantuan dan kerjasama daripada pihak berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) turut diperlukan untuk menjadikan kawasan perkampung­an itu bebas sampah.

“Kami sedia bekerjasam­a daripada pihak berkaitan untuk melaksanak­an pembersiha­n, namun sekiranya ada bantuan daripada mereka, kami sangat mengalu-alukan termasuk disediakan satu penempatan atau tong sampah untuk pembuangan sampah.

“Selain itu, sekiranya pihak berkaitan dapat memberikan kami bantuan untuk menyelesai­kan masalah seperti kaedah memasang jaring untuk perangkap sampah dari laut mungkin akan dapat membantu perkampung­an ini bebas dari sampah,” katanya.

 ??  ?? LONGGOKAN sampah di sekeliling Kampung Hidayat, Tawau.
LONGGOKAN sampah di sekeliling Kampung Hidayat, Tawau.
 ?? Rahim Barahim ?? Sekiranya pihak berkaitan dapat memberikan kami bantuan menyelesai­kan masalah seperti kaedah memasang jaring untuk perangkap sampah dari laut mungkin akan dapat membantu perkampung­an ini bebas dari sampah”
Rahim Barahim Sekiranya pihak berkaitan dapat memberikan kami bantuan menyelesai­kan masalah seperti kaedah memasang jaring untuk perangkap sampah dari laut mungkin akan dapat membantu perkampung­an ini bebas dari sampah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia