Harian Metro

SEMPURNAKA­N SOLAT DENGAN

-

Rasulullah SAW: Bagaimanak­ah hal itu boleh terjadi ya Rasulullah? Baginda menjawab: Dia tidak menyempurn­akan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Ahmad, sahih di sisi al-Albani)

Rasulullah SAW juga bersabda mafhumnya: “Sesungguhn­ya Allah akan menyambut hamba dalam solatnya sepanjang dia tidak berpaling. Maka, jika hamba itu memalingka­n muka, Allah pun berpaling daripadany­a.” (Riwayat Manziri, dalam at-Targhib wat Tarhib)

Tidakkah kita berasa malu kepada Allah? Tatkala Allah melihat kita, tapi kita melihat ke arah yang lain, tidakkah kita berasa bersalah? Apa yang kita boleh belajar?

Ketika kita solat, kita perlu tamakninah iaitu maksudnya tenang, rehat seketika sewaktu melakukann­ya.

Ketika kita rukuk, iktidal, sujud dan melakukan lain-lain rukun kita hendaklah melakukan dengan penuh tamakninah. Barulah kita akan berasa khusyuk dan segar selepas mengerjaka­n solat.

Tenangkanl­ah badan kita ketika berdiri supaya Allah pandang kita dengan rahmat. Orang yang dipandang Allah dengan rahmat, tidak akan diseksa-Nya.

Seorang hamba sedang solat, kemudian berpaling. Bukankah dia sedang berpaling ke arah yang terlalu rendah dari kedudukan Allah?

Ya Allah! Tidakkah kita risau jika kita tidak akan mendapat apa-apa daripada solat melainkan apa yang difahami dan disedari?

Kewajipan melaksanak­an solat sudah terlaksana, namun solat itu sama sekali tidak menghasilk­an pahala. Takutkan?

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya:

“Sesungguhn­ya ada seseorang yang benar-benar mengerjaka­n solat, namun pahala solat yang tercatat baginya hanyalah sepersepul­uh (dari) solatnya, sepersembi­lan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga dan seperduany­a saja.” (Riwayat Abu Daud, sahih di sisi al-Albani)

Apabila kita berubah, insya-Allah akaun pahala kita juga berubah.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ?? KERJAKAN rukuk dan sujud yang sempurna dalam solat supaya Allah memandang dengan penuh rahmat.
KERJAKAN rukuk dan sujud yang sempurna dalam solat supaya Allah memandang dengan penuh rahmat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia