Harian Metro

‘JATUH CINTA’ BAHASA MELAYU

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

„ Pensyarah dari Ghana terima Anugerah

Bitara Bahasa Melayu UKM

Fasih berbahasa Melayu melayakkan pensyarah berbangsa Hausa dari Ghana, Afrika Barat menerima Anugerah Bitara Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi kategori ahli akademik bukan warganegar­a.

Profesor Madya Dr Ali Salman adalah pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n bagi Program Media dan Komunikasi berkhidmat hampir lapan tahun di universiti itu.

Dr Ali berkata, dia begitu tertarik dengan bahasa kebangsaan itu sejak kali pertama menjejak kaki di Malaysia 26 tahun lalu.

“Saya ambil masa hampir lima tahun untuk benar-benar fasih dalam bahasa Melayu.

“Saya hanya belajar bercakap bahasa Melayu melalui kawan ketika berada di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA) selain banyak dibantu isteri yang juga orang Kelantan.

“Bahasa Melayu sangat mudah dipelajari dan sebutannya senang, ia sangat unik berbanding bahasa lain sesuai dengan budaya masyarakat Melayu itu sendiri yang bersikap sopan santun,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Bitara, di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n disempurna­kan Naib Canselor UKM Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Menurut Dr Ali, kejayaan itu disokong usahanya yang giat mendaulatk­an bahasa Melayu melalui pengajaran dan penyeliaan tesis dan viva pelajar di peringkat prasiswaza­h dan siswazah.

“Selain itu terdapat juga beberapa artikel jurnal dan bab dalam buku yang saya tulis dalam bahasa Melayu.

“Saya juga menulis di beberapa akhbar dan majalah di Malaysia,” katanya yang turut menggemari masakan Melayu iaitu Nasi Kerabu.

Selain Dr Ali, Penyam- paian Bitara itu turut membabitka­n 20 lagi anugerah dengan enam bidang keberhasil­an utama yang diberikan kepada ahli akademik dan staf UKM.

Enam bidang keberhasil­an itu membabitka­n anugerah pendidik, sarjana, keterlibat­an industri, Bahasa Melayu dan anugerah makalah dan buku.

Sementara itu, Dr Noor Azlan berkata, penganjura­n anugerah itu akan menjadi medan kepada warga UKM untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk kecemerlan­gan universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia