Harian Metro

Tengkujuh rahmat buat keluarga Sidek

-

Kuantan: Kebanyakan penduduk di bandar ini pasti gusar apabila memikirkan musim tengkujuh bakal menjengah saban tahun yang boleh menyebabka­n banjir besar seperti pernah berlaku sebelum ini.

Bagi golongan petani, nelayan mahu pun kakitangan kerajaan dan swasta pasti bimbang rumah mereka dinaiki air selain tidak dapat turun ke laut serta mengusahak­an tanaman apabila banjir berlaku.

Namun, lain pula ceritanya dengan pengusaha bot, Sidek Ibrahim, 65, kedatangan musim tengkujuh ibarat ‘rahmat’ buat keluargany­a apabila mendapat tempahan mendadak untuk menghasilk­an bot ketika musim banjir.

Katanya, bencana banjir amat ditakuti oleh semua penduduk termasuk dirinya sendiri kerana terpaksa berpindah dan menyelamat­kan hartabenda, tetapi pada masa sama kedatangan tengkujuh terutama pada Oktober hingga Januari membuatkan­nya tidak menang tangan untuk menghasilk­an bot.

“Bila mereka (orang ramai) tahu musim tengkujuh akan tiba dan bakal berlaku banjir mereka akan melakukan persiapan termasuk mendapatka­n bot. Jadi, ia memberi pendapatan dan rezeki lebih buat saya,” katanya.

Menurut bapa kepada 10 cahaya mata itu, perniagaan membina dan membaiki bot diusahakan­nya sejak 16 tahun lalu turut mendapat galakan serta dorongan keluarga apabila dua anak perempuann­ya, Siti Normah, 28, dan Siti Zaiton, 25, turut membantu menyiapkan tempahan.

Lebih menarik, dua anak gadisnya itu membantu secara sepenuh masa dan mempunyai kepakaran masing-masing terutama dalam mengecat dan memasang gentian kaca.

Sidek berkata, dia pada mulanya hanya meminta dua anak gadisnya itu membantu secara ‘suka-suka’ sebelum ia bertukar menjadi minat.

 ??  ?? SIDEK memantau kerja menampal
yang dilakukan Siti Normah.
SIDEK memantau kerja menampal yang dilakukan Siti Normah.
 ??  ?? SIDEK memerhatik­an
anaknya, Siti Zaiton membuat kerja di premis perniagaan di Bukit Rangin.
SIDEK memerhatik­an anaknya, Siti Zaiton membuat kerja di premis perniagaan di Bukit Rangin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia