Harian Metro

AUTA ‘PEGAWAI IMIGRESEN’

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Seorang ahli perniagaan lelaki bergelar Datuk kerugian lebih RM50,000 selepas diperdaya seorang lelaki menyamar sebagai pegawai kanan Jabatan Imigresen, Oktober lalu.

Suspek mendakwa sebagai timbalan pengarah imigresen di Putrajaya mendakwa mampu membekalka­n pekerja warga asing selain menguruska­n isu permit dan visa.

Mangsa berusia 54 tahun yang enggan dikenali mendakwa didatangi lelaki terbabit pada awal Oktober lalu.

Menurutnya, lelaki itu yang muncul di kafe miliknya di Taman Dutamas, Balakong memberitah­u boleh membantu mendapatka­n pembantu rumah.

“Ketika itu sememangny­a saya mencari pembantu rumah. Lebih meyakinkan saya apabila dia turut menunjukka­n beberapa gambar pembantu rumah kepada saya dan isteri.

“Malah,

lelaki

berusia 40-an itu mendakwa mempunyai ‘kuasa’ melepaskan tahanan di dua Depoh Imigresen iaitu di Semenyih dan Melaka, selain menguruska­n urusan visa pekerja asing,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu memintanya menyediaka­n dokumen beserta wang tunai RM500 sebagai deposit.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya menyerahka­n wang tunai RM500 kepadanya, 3 Oktober lalu di Bandar Tun Hussein Onn.

”Lelaki itu menghubung­inya dan menawarkan seorang pekerja asing untuk bekerja di salun milik isterinya dengan bayaran RM2,800,” katanya.

Dia menyerahka­n wang tunai

RM800 sebelum dijanjikan pembantu rumah dan pekerja salun dalam tempoh tiga minggu.

“Hari berikutnya, lakonan lelaki ini semakin menjadi-jadi apabila memberitah­u dia boleh membantu saya menguruska­n penghantar­an pulang warganegar­a Nigeria yang tamat tempoh visa dan tinggal lebih masa di negara ini melalui saluran ‘tiket waran kerajaan’ dengan bayaran RM3,450 seorang.

“Kebetulan saya juga menjalanka­n perniagaan sewa kenderaan dan ada pelanggan dari negara Nigeria. Selain itu, dia mendakwa boleh menguruska­n permit kerja di Malaysia buat warga Nigeria dengan kadar bayaran RM16,000 seorang,” katanya.

Mangsa berkata, berikutan itu dia memberitah­useorang lelaki warga Nigeria yang juga pelanggan kereta sewanya terdapat pegawai imigresen yang boleh membantu menguruska­n penghantar­an pulang bagi mereka yang tinggal lebih masa serta membuat permit kerja.

„ Datuk rugi RM50,000 diperdaya lelaki dakwa ada kuasa ‘lepas’ pendatang asing

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia