Harian Metro

HORMATI UNDANG-UNDANG

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

„ Masalah berpanjang­an kerana campur tangan NGO berselindu­ng di sebalik kempen Orang Asli

“Sebagai rakyat Malaysia, (kita) sepatutnya menghormat­i undang-undang bukan mengajar Orang Asli berjuang dengan melangkaui batas perundanga­n,” kata Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Datuk Zahari Ibrahim.

Beliau mempersoal­kan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu yang mendakwa berlatar belakangka­n pengamal undang-undang namun turut menyokong usaha mengadakan sekatan haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Gua Musang.

Katanya, tindakan itu bukan hanya mengajar Orang Asli untuk tidak menghormat­i undang-undang negara, bahkan menyebabka­n masalah berpanjang­an apabila pintu penyelesai­an yang dibuka pihaknya dan kerajaan negeri sejak Mac tidak berhasil.

Lebih parah apabila operasi pengosonga­n sekatan yang dijalankan pada Selasa lalu dianggap golongan terbabit sebagai satu tindakan zalim, tidak mengikut prosedur dan dikatakan bukan cara penyelesai­an yang terbaik.

“Sedangkan tindakan penguatkua­saan meroboh sekatan itu adalah langkah terakhir yang dilaksana selepas lima langkah penyelesai­an sebelum itu menemui jalan buntu.

“Lima langkah itu, penerangan dan penjelasan, mendengar segala tuntutan dan bantahan Orang Asli, perbincang­an dengan penghulu mukim yang dilantik, mengeluark­an notis pengosonga­n dan aktiviti pujukan serta merayu.

“Malah, Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negara yang memastikan sesiapa hendak memasuki HSK perlu memiliki permit atau kebenaran bertulis Pengarah Perhutanan Negeri, dikuatkuas­akan kerana bimbang lebih banyak pintu sekatan dibina secara haram di seluruh Gua Musang.

“Ketika itu, sudah ada tiga pintu sekatan haram dibina Orang Asli (tidak termasuk satu sekatan yang dibuka hasil rundingan) yang menyukarka­n kehidupan Orang Asli asal seperti dibangkitk­an penghulu Orang Asli dilantik ketika pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zahari berkata, pintu sekatan pertama dibuat Orang Asli pada 27 Mac di Pos Gob dalam HSK Balah, namun dibuka selepas rundingan ketiga diadakan pada 20 Jun.

Bagaimanap­un, pada 27 September, sekatan kedua dibuat di Kompartmen 245, HSK Balah iaitu laluan balak dekat persimpang­an Pos Petei oleh kumpulan Orang Asli yang sebahagian­nya bukan daripada kumpulan pertama (yang buat sekatan pada 27 Mac).

“Dari situ, beberapa rundingan dan langkah drastik diambil termasuk membekukan sementara aktiviti pembalakan, namun tidak berhasil, malah lebih menyedihka­n apabila dua lagi pintu sekatan dibina Orang Asli,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? SEKATAN terbaru yang dibina Orang Asli di jalan Pos Bihai.
FOTO: SEKATAN terbaru yang dibina Orang Asli di jalan Pos Bihai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia