Harian Metro

SI MEOW MAKIN COMEL

-

„ Kucing jalanan lebih menarik,

‘tembam’ selepas dikasi

membela nasib kucing jalanan membuatkan haiwan itu terus berkeliara­n dan terpinggir,” katanya.

Isma Haryati yang memiliki kedai barangan kucing Sookie’s Store di Tanjung Lumpur, di sini, berkata, dia kini memiliki 50 kucing jalanan yang comel dan mempunyai berat badan antara dua hingga 11kg.

Katanya, walaupun hanya kucing jalanan atau kampung, namun dengan penjagaan yang baik haiwan berkenaan mampu membesar, cantik dan sesuai menjadi haiwan kesayangan di rumah.

Katanya, proses mengkasi kucing dilakukan apabila haiwan berkenaan mencapai usia setahun hingga dua tahun dengan kos mengkasi bagi kucing jantan RM90 dan RM200 bagi betina.

Isma Haryati yang sebelum ini bertugas dengan dua syarikat swasta berkata, sejak tiga tahun lalu 120 kucing jantan dan betina dimandulka­n dan proses itu dilakukan doktor di klinik haiwan kerajaan dan swasta.

Katanya, bagi menjamin kesihatan kucing jalanan, haiwan itu perlu diberi vaksin yang dapat mengelak daripada mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dalaman termasuk berkaitan kulit seperti kurap.

“Kucing jalanan lebih lasak dan cergas selain tidak mudah dijangkiti penyakit, penjagaann­ya tidak susah berbanding kucing baka import.

“Haiwan berkenaan diberi makan dengan makanan sedia atau proses yang kini banyak terdapat di pasaran, walaupun saiznya besar, namun kucing jalanan tidak makan terlalu banyak,” katanya yang memiliki Diploma Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Maran.

Katanya, minat dan sifat sayangkan kucing membolehka­n dia mengumpul 50 kucing jalanan yang ditempatka­n dalam sebuah bilik dengan kos makanan dan perubatan RM3,800 sebulan.

Menurutnya, bagi memenuhi permintaan peminat kucing jalanan dia turut menjual haiwan itu dengan harga berpatutan dan pembeli hanya perlu membayar kos mengkasi serta rawatan saja.

 ??  ?? ISMA Haryati (kiri) bersama sebahagian daripada 50 kucing jalanan miliknya yang ditempatka­n di Sookie’s Store di Tanjung Lumpur.
ISMA Haryati (kiri) bersama sebahagian daripada 50 kucing jalanan miliknya yang ditempatka­n di Sookie’s Store di Tanjung Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia