Harian Metro

AKHIRNYA KECUNDANG

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Lelaki tikam kakitangan Astro Awani

dicekup selepas setahun diburu

Selepas setahun diburu polis kerana menikam kakitangan Astro Awani Disember tahun lalu, seorang lelaki akhirnya ditahan polis malam kelmarin.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan ketika berada di Stesen LRT Chan Sow Lin di Jalan Chan Sow Lin, di sini, jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, berdasarka­n maklumat diperoleh, pasukan polis pergi ke stesen LRT itu mengesan suspek.

“Selepas membuat pemerhatia­n sejam, polis ternampak seorang lelaki berjalan dalam keadaan mencurigak­an sebelum menahan lelaki itu.

“Pemeriksaa­n mendapati lelaki ini dikehendak­i dan suspek utama dalam kes tikam pengurus pentas syarikat televisyen berbayar di Setapak, Disember tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, 19 Disember tahun lalu, mangsa, Ahmad Hawari Zakaria, 33, ditikam di perut selepas berlaku pertengkar­an antara mangsa dengan tujuh individu di pangsapuri sewanya di Jalan Usahawan, Setapak, di sini.

Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang suspek terhadap mangsa sebelum memanggil rakannya menyerang Ahmad Hawari.

Mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Sehari kemudian dua penganggur berusia 25 tahun ditahan di kawasan Setapak, di sini, jam 2 petang selepas disyaki menikam mangsa, bagaimanap­un masih lagi menjejaki suspek utama dan rakannya berusia lingkungan 20-an.

Mohamad Roy berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod Jenayah di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang selain disenaraik­an sebagai individu yang dikehendak­i polis kerana terbabit dalam kes itu.

“Suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN Astro Awani cedera ditikam suspek dalam kejadian Disember tahun lalu.
KAKITANGAN Astro Awani cedera ditikam suspek dalam kejadian Disember tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia