Harian Metro

TIADA CATUAN

- Norul Awatif Romli awatifroml­i@hmetro.com.my

Harga gula di pasaran seluruh negeri ini kekal RM2.84 sekilogram walaupun timbul spekulasi harga komoditi itu mungkin naik.

Hasil maklumat awam dan tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya sekitar bandar raya ini, semalam, mendapati stok terkawal dan jualan gula pasir berjalan baik.

Pelanggan, Ahmad Baharom, 75, dari Taman Tunku Yaakob, Alor Mengkudu, di sini, berkata, dia tidak mempunyai masalah mendapatka­n bekalan gula berbanding minyak masak peket sekilogram.

“Alhamdulil­lah, di sini tiada masalah catuan gula oleh pihak pasar raya atau peruncit, malah saya masih boleh membeli gula walaupun dalam kuantiti banyak di mana sahaja.

“Saya ada terdengar di sesetengah pasar raya atau kedai runcit di negeri selain Kedah sudah dilaksanak­an catuan gula, namun tidak di sini.

“Saya berharap keadaan ini kekal kerana semua tahu gula adalah satu keperluan bagi setiap keluarga atau sesiapa sahaja termasuk peniaga makanan serta minuman,” katanya.

Peniaga yang mahu dikenali

Stok gula pasir terkawal,

harga kekal RM2.84

sebagai Mariam, 36, berkata, dia tidak mempunyai masalah mendapatka­n stok gula bagi menjalanka­n perniagaan makanan dan minuman di gerainya.

Bagaimanap­un, katanya, dia berharap pihak berkuasa negeri sentiasa menjalanka­n pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakka­n ada peruncit atau pasar raya mengambil kesempatan di atas isu kenaikan gula yang melanda negara ketika ini.

“Mungkin ada sesetengah individu tidak faham apa yang diperkatak­an kerajaan mengenai isu kenaikan gula ini menyebabka­n mereka menjadi panik sehingga ada yang sanggup menyorok gula bagi menaikkan harga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) negeri, Shahrudin Hamzah berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah gula.

Katanya, pemantauan harga dijalankan mendapati tiada berlaku catuan pembelian gula pasir seperti didakwa.

“Setiap hari Pegawai Pemantauan Harga (PPH) keluar membuat pemeriksaa­n harga di pasar raya serta kedai runcit dan hasilnya harga gula pasir masih seperti yang ditetapkan kerajaan.

“Bekalan gula juga mencukupi dan saya mahu mengingatk­an orang ramai supaya tidak panik kerana kerajaan sendiri sudah mengumumka­n

tiada kenaikan harga gula,” katanya.

Menurutnya, peniaga juga diingatkan tidak sesuka hati menaikkan harga gula bagi mengelakka­n tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Sebelum ini, pengeluar gula bertapis terbesar negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) meminta kerajaan menaikkan harga gula 20 peratus berikutan kos gula mentah semakin tinggi.

 ??  ?? AHMAD membeli gula di Pasaraya Mydin Jalan Alor Mengkudu.
AHMAD membeli gula di Pasaraya Mydin Jalan Alor Mengkudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia