Harian Metro

PERTIMBANG CADANGAN

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam@hme- tro.com.my

„ MBSA mahu lindungi penguat kuasa

wanita elak kejadian buli berulang

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempertimb­angkan cadangan menempatka­n lelaki dalam kumpulan penguat kuasa wanita atau meminta mereka melaporkan kepada pejabat cawangan terdekat sebelum menjalanka­n tugas di kawasan ditetapkan.

Ia bertujuan mengelak kejadian buli membabitka­n penguat kuasa wanita oleh orang awam berulang susulan insiden penguat kuasa wanita MBSA dikasari sepasang suami isteri di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Timbalan Setiausaha MBSA Rosli Bakar berkata, pihaknya sedang memikirkan kaedah terbaik bagi mengelak perkara itu walaupun latihan untuk berhadapan orang awam sudah diberikan oleh MBSA.

“Sebelum ini, kita biasa mendengar anggota penguat kuasa diherdik secara lisan selepas mereka mengeluark­an kompaun atau menarik kenderaan. Namun ini kes pertama membabitka­n kekasaran secara fizikal.

“Saya tidak menjangka kejadian itu akan menjejaska­n perasaan mereka (anggota penguat kuasa) kerana mereka sudah diberi latihan dan turut mempelajar­i cara mengatasi masalah dengan orang awam, ” katanya selepas majlis Ramah Mesra Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Selangor Dr Daroyah Alwi bersama pegawai penguat kuasa wanita MBSA itu di sini, semalam.

Kunjungan itu bertujuan menyuntik semangat tiga penguat kuasa wanita MBSA yang terbabit dalam insiden dikasari oleh pasangan suami isteri di tempat letak kereta.

Dalam pada itu Rosli turut memuji sikap anggota penguat kuasa wanita berkenaan yang dilihat sabar dan bijak berhadapan situasi berkenaan.

“MBSA mempunyai 35 anggota penguat kuasa berbaju putih yang bertanggun­gjawab menguruska­n trafik manakala 65 berbaju biru tua pula menjalanka­n tugas umum seperti operasi dan tugasan lainm” katanya. Sementara itu, Daroyah berkata, orang ramai dinasihatk­an tidak bertindak kasar terhadap penjawat awam yang sedang melaksanak­an tugas mereka.

“Orang awam perlu berfikir kesannya sebelum bertindak sedemikian. Jangan hanya kerana kompaun sebanyak RM10 atau bayaran parking sebanyak RM0.40, mereka sanggup berkasar terhadap anggota penguat kuasa, ” katanya.

 ?? FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN ?? ROSLI memberikan kata-kata semangat kepada tiga penguat kuasa MBSA, Nur Ain Isa (dua kanan), Norsaezah Suhairi (kanan) dan Nor Ana Johan.
FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN ROSLI memberikan kata-kata semangat kepada tiga penguat kuasa MBSA, Nur Ain Isa (dua kanan), Norsaezah Suhairi (kanan) dan Nor Ana Johan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia