Harian Metro

ELAK TERKANDAS

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

„ LHDN nasihat orang ramai semak sekatan

perjalanan sebelum ke luar negara

Semak sekatan perjalanan sebelum bercuti keluar negara. Itu pesanan yang diberikan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada orang ramai yang merancang bercuti ke luar negara pada musim cuti sekolah ini bagi mengelakka­n mereka terkandas di lapangan terbang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, semakan itu perlu bagi mengelakka­n sebarang kesulitan di kaunter imigresen dan semua pintu keluar negara, dan jika didapati terdapat sekatan mereka perlu menjelaska­n tunggakan cukai mereka terlebih dahulu.

“Ia boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu http://sspi2.imi.gov.my.

“Selain daripada semakan di portal rasmi imigresen, pemberitah­uan tindakan sekatan perjalanan kepada pembayar cukai turut dikeluarka­n kepada pembayar cukai secara pos berdaftar dan dihantar ke alamat mereka yang berdaftar dengan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Shukor berkata, sekatan perjalanan ke luar negara adalah tindakan penguatkua­saan yang dilaksanak­an LHDN berdasarka­n peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Katanya, tindakan juga berdasarka­n Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 terhadap pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan sudah diberikan.

“Pembayar cukai yang disekat ke luar negara hendaklah membuat permohonan pelepasan daripada sekatan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan ke luar negara.

“Mereka perlu hadir ke cawangan LHDN yang mengendali­kan fail cukai mereka sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan dan mengemukak­an surat permohonan yang mengandung­i maklumat destinasi, tujuan, dan tempoh ke luar negara,” katanya.

Selain itu, Mohd Shukor berkata, mereka juga perlu membuat pembayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah cukai tertunggak dan membuat bayaran ansuran untuk baki selebihnya.

Katanya, semakan prosedur pelepasan tujuh hari ini boleh dibuat di pautan http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/18_Sekatan_Perjlnan.pdf.

Menurutnya, mereka juga boleh menghubung­i pejabat LHDN di negeri atau persekutua­n untuk pelepasan dan pembatalan sekatan perjalanan pada waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia