Harian Metro

Lima ahli Geng Buruh tersungkur

-

Kemaruk dadah syabu menyebabka­n lima penjenayah termasuk seorang wanita aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini.

Kumpulan penjenayah Geng Buruh ini bagaimanap­un tumpas selepas ditahan polis dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Puchong terlebih dahulu menahan seorang suspek lelaki yang memandu kereta Honda Civic dilaporkan hilang dicuri di Seri Kembangan, di sini.

“Selain itu polis turut menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal Demak Skyline yang turut dicuri di lokasi sama.

“Penahanan dua lelaki itu membawa kepada tangkapan tiga lagi individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah di Taman Bukit Serdang, di sini,” katanya.

Hasil serbuan di tiga lokasi berkenaan, pihaknya merampas pelbagai peralatan digunakan untuk kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan termasuk kunci pendua dan parang, selain barangan hasil curi seperti televisyen, jam tangan berjenama, komputer riba serta telefon bimbit.

“Malah, kami turut menjumpai dadah jenis syabu dan pil Eramin 5 milik suspek,” katanya.

Hasil siasatan lanjut mendapati kumpulan itu melakukan kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan untuk menampung perbelanja­an membeli dadah harian.

“Tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n dadah, selain dikehendak­i bagi kes yang sama.

“Penahanan semua suspek berusia lingkungan 35 hingga 45 tahun itu menyelesai­kan tujuh kes membabitka­n pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini dan Kajang,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah dan curi kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia