Harian Metro

PILU SEBELAH JASAD AYAH

- Fardy Bungga dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Kasih hingga ke akhir hayat. Itu yang berlaku apabila seorang bapa maut dirempuh kereta ketika mahu menghantar anak kecilnya yang demam ke klinik menaiki motosikal.

Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, mangsa, Jamal Abdullah, 29, maut serta merta di lokasi kejadian berhampira­n Bulatan Billion, Cheras di sini.

Bagaimanap­un, anak lelaki mangsa berusia tiga tahun terselamat walaupun tercampak sejurus kemalangan berlaku.

Kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan di kepala kemudian diselamatk­an orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Suasana di lokasi kejadian mencetuska­n rasa simpati orang ramai apabila kanak-kanak itu dilihat terpinga-pinga sedih berhampira­n jenazah bapanya.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussain berkata, mangsa dan anaknya yang menunggang motosikal model Yamaha LC 135 dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dipandu seorang wanita.

“Kedua-dua kenderaan ini berada di laluan sama. Kereta model Mercedes Benz

Bapa maut dalam kemalangan hantar anak demam ke klinik

itu gagal memperlaha­nkan pemanduan sebelum melanggar motosikal dinaiki dua beranak itu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kenderaan itu kemudian terbabas ke bahu jalan manakala kereta itu turut merempuh tiang lampu hingga tumbang.

“Mangsa tercampak ke atas jalan dan disahkan maut di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

 ??  ?? ANAK mangsa terselamat.
ANAK mangsa terselamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia