Harian Metro

LBS perkenal Desiran Bayu

-

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkena­lkan Desiran Bayu, projek kediaman tepi tasik yang terletak di Puchong, Selangor.

Projek berkenaan dibangunka­n dalam enam fasa membabitka­n kawasan seluas kira-kira 40 hektar.

Lokasi strategik Desiran Bayu menarik minat pembeli dalam kalangan keluarga muda berikutan persekitar­an yang indah, konsep gaya hidup moden, harga mampu milik serta jaringan perhubunga­n yang menjadi kunci utama projek terbabit.

Projek kediaman ini mengandung­i 598 unit rumah teres dua tingkat, rumah teres ‘cluster link’ dua tingkat dan rumah berkembar dua tingkat dengan luas binaan kasar adalah antara 1,280 kaki persegi hingga 2,194 kaki persegi.

Rumah teres dua tingkat dijual pada harga bermula daripada RM470,000, sementara rumah teres ‘cluster link’ dua tingkat bermula daripada RM660,000. Rumah berkembar dua tingkat pula dijual pada harga bermula daripada RM880,000.

Pengarah Urusan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, syarikat menawarkan projek Desiran Bayu untuk menggalakk­an gaya hidup komuniti serta mewujudkan satu persekitar­an ideal untuk keluarga.

Katanya, lokasi strategik projek ditambah dengan pemandanga­n indah tasik dan rimbunan hijau di sekitarnya pasti akan menawan hati pembeli yang ingin memiliki gaya hidup moden serta pada masa sama memupuk kehidupan bermasyara­kat yang selamat dan penuh dengan nilai tradisi.

“Projek ini menyediaka­n kemudahan seperti dewan masyarakat, taman permainan, trek joging, gazebo awam dan surau untuk merancakka­n aktiviti kemasyarak­atan.

“Selain itu, setiap unit berkembar dua tingkat dilengkapi kemudahan menakung air hujan, satu ciri yang menggalakk­an kehidupan hijau,” katanya.

Desiran Bayu dihubungka­n secara strategik dengan kawasan lain di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP); Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) and Lebuhraya Maju (MEX); menyediaka­n akses kepada penduduk untuk ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dengan mudah.

Pembeli yang berminat boleh melawat unit pameran dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Ahad.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1700-81-8998 atau lawati laman web www.lbs. com.my.

 ??  ?? PROJEK dibangunka­n di tepi tasik di Puchong, Selangor.
PROJEK dibangunka­n di tepi tasik di Puchong, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia