Harian Metro

SOSEJ JADI BOM Bakal pengantin diikat di belakang jip

-

Rizhao (China): Satu rakaman video yang viral di media sosial di China menunjukka­n seorang lelaki diikat pada belakang sebuah kereta dan dibawa bersiar-siar di bandar ini.

Video berkenaan dirakam seorang pengguna jalan raya yang terkejut melihat seorang lelaki diikat pada belakang sebuah jip menggunaka­n pita pelekat.

Sebiji pisang juga dilihat diikat pada celah kelangkang lelaki itu dan dua biji telur ayam dilekat di dadanya.

Lelaki itu yang matanya ditutup hanya mampu mendiamkan diri ketika kenderaan itu melalui sebatang jalan raya yang sibuk di bandar ini.

Menurut media di China, lelaki itu bakal berkahwin tidak lama lagi dan rakan-rakannya mengikatny­a

„ Lelaki ditangkap selepas ancam letup rumah bekas teman wanita

pada belakang jip itu sebagai cara meraikanny­a.

Video berkenaan dirakam pada 15 November lalu tetapi ia mula viral di media sosial di China baru-baru ini.

Walaupun rakan-rakan lelaki itu hanya mahu bergurau tetapi pengguna media sosial berpendapa­t tindakan itu sangat bahaya dan langsung tidak lucu.

“Rakan-rakan mungkin mahu meraikan hari bahagia lelaki itu tetapi mereka mungkin boleh menyebabka­n dia terbunuh,” kata seorang pengguna.

Sudah menjadi tradisi golongan muda di China untuk memalukan atau memaksa bakal pengantin membuat aksi yang kadangkala membahayak­an bagi meraikan rakan mereka yang menamatkan zaman bujang. Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n seorang bakal pengantin diikat di belakang sebuah jip menggunaka­n pita pelekat. - News Flare
GAMBAR menunjukka­n seorang bakal pengantin diikat di belakang sebuah jip menggunaka­n pita pelekat. - News Flare

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia