Harian Metro

SURUHANJAY­A TAK BERTARING

- AFP

Badan baru yang ditubuhkan kerajaan Myanmar untuk menyiasat penindasan terhadap Rohingya di Rakhine diselar aktivis sebagai tidak berwibawa, dalam pada bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan tiba di negara itu untuk lawatan ke negeri yang bergolak berkenaan.

Kumpulan hak asasi menganggap suruhanjay­a dianggotai 13 orang itu sebagai tidak bertaring malah tiada ahlinya yang Muslim selain diketuai Naib Presiden Myint Swe, jeneral tentera bersara yang sebelum ini disenaraih­itamkan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Eksekutif Fortify Rights, Matthew Smith berkata: “Kami tidak dapat mempercaya­i satu lagi suruhanjay­a tempatan apatah lagi yang diketuai bekas tentera.

“Tidak mungkin ia mampu melaksanak­an siasatan hak asasi manusia yang berkecuali dan boleh dipercayai. Isu ini memerlukan siasatan badan antarabang­sa yang bebas.”

Penolong Pengarah Human Rights Watch Asia Phil Robertson turut menyokong pandangan berkenaan.

Pejabat pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata, suruhanjay­a itu akan menyiasat serangan terhadap pos kawalan sempadan polis pada 9 Oktober lalu yang mencetuska­n serangan kejam tentera terhadap kumpulan minoriti itu.

Selain itu, katanya, turut disiasat, ‘dakwaan mengenai salah guna kuasa tentera.’

Ia badan kedua ditubuhkan Suu Kyi untuk menangani perbalahan agama di Rakhine sejak pergolakan pada 2012 membunuh lebih 100 orang.

Pada Ogos lalu, dia melantik Annan untuk mengetuai badan berasingan yang diselar pelampau Buddha negara itu sebagai campur tangan asing.

Lebih 10,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh

„ Aktivis anggap badan baru ditubuh kerajaan

Myanmar siasat Rohingya tidak berwibawa

sejak beberapa minggu lalu daripada sasaran tentera di Rakhine dengan semuanya menceritak­an pelbagai penyeksaan termasuk rogol beramai-ramai dan pembunuhan dilaksanak­an tentera Myanmar.

Myanmar menafikan semua tuduhan itu, selain pada masa sama melarang wartawan asing serta penyiasat bebas mengakses kawasan terbabit.

Sementara itu, semalam, ketibaan Annan disambut penunjuk prasaan yang turut membawa poster ‘Haramkan Suruhanjay­a Kofi Annan.’

Anggota suruhanjay­a Aye Lwin berkata, lawatan Annan ‘lebih menjurus pengumpula­n maklumat dan tidak akan membuat sebarang ulasan atau kesimpulan buat masa ini.’

 ??  ?? PENDUDUK memprotes terhadap lawatan Annan di Sittwe, Rakhine. - Reuters
PENDUDUK memprotes terhadap lawatan Annan di Sittwe, Rakhine. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia