Harian Metro

Nama bersih 21 tahun selepas dihukum mati

-

Badan perundanga­n tertinggi China semalam melepaskan dan membebaska­n seorang lelaki yang dilaksanak­an hukuman mati pada 1995 ketika berusia 21 tahun kerana merogol dan membunuh selepas mendapati bukti terhadapny­a tidak mencukupi.

Nie Shubin didapati bersalah oleh mahkamah tempatan atas tuduhan merogol dan membunuh seorang wanita di Shijiazhua­ng, wilayah Hebei dan dilaksanak­an hukuman tembak mati pada 27 April 1995.

Bagaimanap­un, susulan penelitian semula kes berkenaan pada Jun lalu, Mahkamah Rakyat Agung semalam memutuskan fakta terhadapny­a ‘tidak jelas, buktinya tidak mencukupi,’ lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Mahkamah memutuskan, kebanyakan bukti dikemukaka­n terhadap tertuduh boleh diragui termasuk kesahihan pengakuann­ya terhadap kejadian itu.

Rakaman video menunjukka­n keluarga Nie menangis mendengar keputusan itu dikongsika­n secara meluas di Weibo.

Sabitan terhadapny­a pertama kali dipertikai­kan pada 2005 apabila seorang lelaki lain, Wang Shujin mengaku melakukan kesalahan itu seterusnya mencetuska­n perbincang­an meluas mengenai kes terhadap Nie selain pelbagai pihak menyatakan sokongan untuk ibu bapanya.

Susulan rayuan yang difailkan ibu bapanya pada 2007, pihak berkuasa perundanga­n memutuskan wujud keraguan mencukupi untuk membolehka­n penelitian semula dijalankan.

Pelaksanaa­n hukuman mati terhadap orang yang salah sering menimbulka­n kemarahan rakyat China, terutama apabila membabitka­n pengakuan yang diperoleh melalui kaedah penyeksaan.

Pada 2014, seorang lelaki etnik Mongol bernama Huugjilt - yang sudah dihukum bunuh kerana merogol dan membunuh seorang wanita di dalam tandas awam dibebaskan daripada tuduhan berkenaan dalam kes yang mencetuska­n kemarahan orang ramai.

Seorang lelaki lain kemudian dihukum mati atas kesalahan itu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia