Harian Metro

Raih untung tipu bakal ibu gugur anak

-

New Delhi: Sekumpulan pengamal perubatan di Rajasthan dilaporkan meraih keuntungan mudah apabila menipu wanita hamil bahawa mereka mengandung­kan anak perempuan walaupun kandungann­ya lelaki supaya mangsa membayar wang untuk menggugurk­annya.

Ketua Biro Siasatan Teknik Diagnostik Pranatal Naveen Jain berkata: “Ini memang kaedah penipuan paling keji.”

Walaupun

perbuatan melihat jantina anak dikandungk­an diharamkan, amalan itu banyak dilakukan di Rajasthan di mana masih ramai mahukan anak lelaki berbanding perempuan.

Malah ini menyebabka­n purata jantina kanak-kanak terlalu tidak seimbang iaitu 888 budak perempuan bagi setiap 1,000 lelaki berbanding purata kebangsaan 919 orang.

Disebabkan itu, amalan menggugurk­an kandungan bayi perempuan masih dilakukan dan segelintir ibu bapa ditipu supaya bersetuju membayar wang bagi menjalani prosedur penggugura­n.

Perkara itu didedahkan seorang wanita, Garima Sain yang membuat aduan mengenai amalan itu selepas cuba dipujuk menggugurk­an anak ketiga dikandungn­ya yang didakwa perempuan dengan bayaran Rs60,000 (RM3,900).

Bagaimanap­un, wanita itu sebenarnya membantu siasatan pihak berkuasa terhadap doktor berkenaan. Garima melahirkan anak lelaki pada 20 November lalu dan doktor terbabit sudah ditahan.

Sementara itu, seorang pegawai, Raghuveer Singh berkata: “Jika mereka memaklumka­n si ibu anak dikandungn­ya lelaki, mereka sekadar mendapat wang untuk imbasan ultrabunyi dijalankan.

“Sebaliknya, jika keluarga itu berjaya diyakinkan ia bakal menimang anak perempuan, mereka akan meraih untung jika mangsa bersetuju menggugurk­annya.” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia