Harian Metro

Pertempura­n sengit rebut kawasan utama Aleppo

-

Aleppo (Syria): Pertempura­n sengit berlaku di sebuah kawasan utama di Aleppo dengan pejuang penentang dibedil teruk dalam serangan oleh tentera rejim.

Serangan tentera kerajaan di utara bandar itu mengakibat­kan puluhan ribu pendudukny­a di kawasan yang dipegang penentang di timurnya seterusnya menyebabka­n Russia menggesa supaya laluan dibuka bagi menghantar bantuan.

Tentera Presiden Bashar al-Assad menawan kawasan timur laut bandar itu minggu ini dan kini menyasarka­n menawan kawasan Sheikh Saeed di tenggara Aleppo.

Namun mereka ditentang hebat pejuang penentang, lapor Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

“Rejim dan sekutunya mahu menawan kawasan itu kerana akan membolehka­n mereka menyasarka­n semua daerah dipegang penentang.

“Tetapi kerana itu juga penentang mempertaha­nkan kedudukan mereka habis-habisan kerana memang mudarat jika Sheikh Saeed jatuh ke tangan kerajaan,” katanya.

Katanya, ratusan askar tiba di Aleppo semalam sebagai persediaan untuk pertempura­n darat.

Lebih 300 orang awam termasuk puluhan kanak-kanak terbunuh di timur Aleppo sejak kerajaan memulakan seranganny­a pada 15 November lalu, katanya.

Sebaliknya, serangan balas penentang di kawasan barat bandar itu menyebabka­n 55 orang awam terbunuh.

Semalam, agensi berita rasmi SANA melaporkan seorang awam terbunuh dan tiga cedera dalam serangan roket penentang. - AFP

 ??  ?? PENDUDUK timur Aleppo berjalan meninggalk­an kediaman mereka untuk ke tempat lebih selamat. - AFP
PENDUDUK timur Aleppo berjalan meninggalk­an kediaman mereka untuk ke tempat lebih selamat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia