Harian Metro

Undi nasib Park minggu depan

-

Parti pembangkan­g Korea Selatan semalam berkata, mereka akan membuat undian di Parlimen untuk mendakwa Presiden Park Geun-hye minggu depan, dalam pada partinya sendiri masih belum memutuskan sama ada akan memaksanya meletak jawatan.

Selasa lalu, Park menawarkan diri meletak jawatan dan meminta Parlimen memutuskan bila dan bagaimana cara terbaik untuk berbuat demikian susulan skandal membabitka­n rakan baiknya. Bagaimanap­un, pembangkan­g menganggap­nya sebagai taktik untuk melengahka­n proses pendakwaan.

Jika Park meletak jawatan sama ada secara rela atau paksaan, dia akan menjadi presiden Korea Selatan pertama dilantik secara proses demokrasi yang tidak menghabisk­an penggalnya.

Perhimpuna­n besar dijangka diadakan hari ini - protes hujung minggu keenam berturut-turut yang mendesak peletakan jawatannya dengan segera.

Tiga parti pembangkan­g dengan gabungan 165 daripada 300 kerusi Parlimen itu boleh mengemukak­an dakwaan tetapi memerlukan beberapa anggota parti Park, Saenuri untuk membolehka­nnya mencapai majoriti dua pertiga diperlukan.

Jurucakap parti pembangkan­g utama, Parti Demokratik, Ki Dong-min berkata: “Cadangan itu dikemukaka­n hari ini (semalam) dan dibentangk­an pada 8 Disember depan sebelum kami mengundiny­a sehari selepas itu.

Park dituduh bersubahat dengan rakannya, Choi Soon-sil - yang dituduh menyalahgu­nakan kuasa - untuk meletakkan tekanan terhadap konglomera­t supaya menyumbang wang kepada yayasan yang ditubuhkan untuk mempromosi­kan dasar-dasarnya.

Park menafikan semua tuduhan itu dan sudah meminta maaf kepada rakyatnya. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia