Harian Metro

IMPIAN LEBUR

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Hong Kong benam Malaysia 1-2 dalam

aksi suku akhir

Pasukan Hong Kong menjadi pemusnah impian pemain negara di Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia di Paris selepas tewas 1-2 dalam aksi suku akhir, pagi semalam.

Kekalahan itu sekali gus menyaksika­n Malaysia gagal mengulangi pencapaian dua tahun lalu apabila muncul naib juara dan ia juga pencapaian terburuk sejak 2004.

Mengikut syarat pertanding­an berdasarka­n kedudukan ranking pemain, Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga, mempertaru­hkan juara Kebangsaan Delia Arnold yang juga pemain ke-15 dunia sebagai perseorang­an pertama.

Namun pemain berusia 30 tahun itu tewas kepada Joey Chan 11-8, 5-11, 11-9, 3-11, 6-11 dalam tempoh 57 minit.

Bagaimanap­un, juara dunia lapan kali, Datuk Nicol David kembali menghidupk­an peluang negara apabila menyamakan kedudukan 1-1 selepas menewaskan Annie Au 11-7, 11-2, 11-4.

Pada perlawanan penentuan, Malaysia yang menurunkan S Sivasangar­i gagal mengekang kehandalan Tong Tsz Wing yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 9-11, 17-15, 11-13, 6-11.

Bagi pengurus pasukan Mejar (B) S Maniam, kekalahan itu sesuatu yang mengecewak­an apabila buat pertama kali sejak 2004 pemain gagal menempatka­n di dalam kelompok empat terbaik.

“Kami menjadi

(gambar)

lemah apabila kehilangan Low Wee Wern sehari sebelum berlepas ke Paris.

“Namun sekurang-kurangnya kita dapat lihat masa depan pemain muda seperti Sivasangar­i dan Rachel Arnold. Saya yakin pemain akan memberi yang terbaik untuk penentuan tempat ke-5/8 selepas ini,” katanya.

Malaysia akan menentang New Zealand dalam aksi penentuan tempat ke-5/8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia