Harian Metro

Pelumba wanita di landasan tepat

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih berbasikal wanita negara Mahadzir Hamad gembira persiapan anak buahnya berada di landasan tepat untuk menghadapi Sukan SEA 2017.

Selepas cemerlang pada Jelajah Wanita Malaysia (JWM) bulan lalu, pelumba wanita negara terus mempamerka­n aksi cemerlang di Tour de Denpasar Bali di Indonesia yang berlangsun­g hujung minggu lalu.

Tiga pelumba negara diketuai Nurul Alissa Mohamad Azman, Nur Aisyah Zubir dan Nursyuhada Zainal masing-masing memenangi acara kriterium, ujian masa individu dan lepas beramai-ramai individu.

“Saya gembira dengan kejayaan yang dicapai pelumba negara. Walaupun saingan tidak sehebat JWM, mereka memberikan apa yang saya mahukan.

“Mereka mempamerka­n peningkata­n dalam aspek kerjasama berpasukan selain kelajuan,” kata bekas pelumba negara itu.

Tambahnya, barisan pelumba negara yang berada dalam program Kita Juara akan terus didedahkan dengan kejohanan dalam dan luar negara dengan tempoh tidak sampai setahun sebelum temasya bermula pada Ogos tahun depan.

“Saya akan memilih pelumba untuk bersaing di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) pada Februari tahun depan. Kejohanan di Bali minggu lepas adalah antara medan penilaian,” tambahnya.

Dua emas acara lepas beramai-ramai individu dan kriterium menjadi rebutan pelumba wanita negara di Sukan SEA tahun depan.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia