Harian Metro

Debaran KDCT

- Norazimah Narudin sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Walaupun tidak menyasarka­n kemenangan dalam Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai hari ini, namun pasukan yang hanya dikenali sebagai KDCT itu turut berdebar menghadapi cabaran bersama 1,500 peserta yang lain.

Pasukan KDCT yang terdiri daripada 25 ahli menghantar 10 wakil untuk menghadapi saingan kali ini.

KDCT ditubuhkan pada 2012 berdasarka­n minat berkayuh, bersukan, serta gemar

menyertai mana-mana program berbasikal.

Pasukan dari Kota Masai, Pasir Gudang itu agak berlainan daripada pasukan lain kerana tidak menyasarka­n apa kemenangan, tetapi sekadar ingin menikmati kepuasan diri selepas berkayuh, namun sekiranya menang ia akan menjadi kenangan manis buat pasukan terbabit.

Pengerusi KDCT Mohd Sani Basmin atau dikenali sebagai Pak Busu berkata, pasukan itu ditubuhkan hanya untuk bersantai dan tidak ada niat untuk bersaing dengan pasukan lain.

Katanya, mereka hanya ingin menerapkan minat pengayuh muda terhadap budaya berbasikal yang sihat selain melakukan kayuhan amal.

“Kami tidak ada sasaran

untuk menaiki tangga terbaik bagi HMMTB ini dan pasukan kami datang semata-mata kerana minat sukan berbasikal dan setiap kali ada acara kami akan turut serta untuk memeriahka­n majlis di samping berkenalan dengan pasukan yang lain.

“Bagaimanap­un, kami turut berdebar menunggu hari perlumbaan kerana tahu HMMTB ini akan disertai peserta handalan dari dalam negara mahupun antarabang­sa yang bakal mempamerka­n kehebatan masing-masing.

“Kami ada membuat latihan sebagai persiapan untuk HMMTB ini dengan sesi kayuhan berkumpula­n sejauh 30 kilometer dan off road sejauh 15 kilometer di Ladang Keck Seng di Kong Kong; Hutan Seri Alam dan Plentong,” katanya.

 ??  ?? PELUMBA KDCT sudah sedia bersaing.
PELUMBA KDCT sudah sedia bersaing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia