Harian Metro

Beberapa laluan tutup, lencong

-

Johor Bahru: Beberapa laluan di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini, ditutup dan dilencongk­an sempena Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2016 yang bermula hari ini di padang kawad universiti berkenaan.

Ketua UTM One Stop Space Rental Masnawi Miskam berkata, semua laluan menuju ke padang kawad UTM ditutup sepanjang acara, manakala laluan dari bulatan utama menghala ke tempat pelepasan ditutup jam 8 pagi.

“Bagi menghadapi HMMTB Grand Prix 2016 ini, beberapa laluan dalam kampus UTM ditutup jam 7 pagi sehingga selesai perlumbaan.

“Pos pengawal Jalan Ladang UTM ditutup sehingga jam 3 petang dan beberapa laluan lain yang terbabit dengan trek perlumbaan juga ditutup terutamany­a antara tempoh sebelum pelepasan dan peserta terakhir,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, lebih 1,300 pelumba dari dalam dan luar negara dijangka memeriahka­n acara berkenaan.

Pengarah Kejohanan, Husain Jahit berkata, pihaknya turut menghargai sokongan pelbagai pihak termasuk penaja utama Affin Bank dan Affin Islamic selain rakan penaja lain iaitu Honda, Polygon, Prou Maxx dan Deuter manakala Speed & Wheels sebagai media digital rasmi.

“Kami turut berbesar hati menerima tajaan makanan dan minuman daripada Giant, Long Jack Orang Kampung selain Suntory Beverage & Food Malaysia melalui minuman isotonik, Lucozade Sport,” katanya.

Beliau berkata, sambutan hangat diterima daripada pelumba tempatan dan asing yang tidak ketinggala­n menyertai pertanding­an peringkat akhir itu.

“Kami masih menerima penyertaan daripada pelumba yang mendaftark­an diri pada hari ini (semalam) dan rata-ratanya teruja dapat bersaing di venue yang mencabar di UTM,” katanya.

 ??  ?? PETUGAS HMMTB Grand Prix 2016 sibuk melakukan persiapan terakhir di venue pertanding­an di padang kawad UTM.
PETUGAS HMMTB Grand Prix 2016 sibuk melakukan persiapan terakhir di venue pertanding­an di padang kawad UTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia