Harian Metro

RAJIN BUAT BISKUT

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Siapa sangka tangan yang kebiasaann­ya hebat memasukkan bola ke dalam jaring juga cukup hebat membuat biskut.

Mungkin seperti tiada kaitan antara dua situasi berkenaan, tetapi itulah yang dilakukan atlet bola jaring negara An Najwa Azizan yang bukan saja licik di atas gelanggang tetapi juga hebat membuat biskut di dapur.

Jelas Najwa, minat untuk membuat kuih itu terdetik secara tidak sengaja selepas menyaksika­n ibunya, Norsila Jaafar mula belajar membuat kuih menerusi resipi yang dipelajari di laman sosial Facebook kira-kira dua tahun lalu.

“Mula-mula memang saya sekadar tengok mama buat kuih di dapur. Memang tak ada niat langsung nak tolong.

“Tapi, bila dah lama-lama saya mula suka pula untuk membuat biskut. Selepas itu apa lagi, sama-sama dengan mama buat biskut,” katanya memulakan cerita.

Bagi atlet berusia 19 tahun itu, dia sememangny­a tidak pernah terfikir untuk ke dapur membantu ibunya membuat biskut kerana itu bukanlah rutin yang menjadi kegemarann­ya.

“Memasak atau apa saja yang berkaitan hal dapur memang saya tak minat sangat.

“Tapi, bila tengok mama bersungguh-sungguh membuat biskut dan kemudian rasanya pula sedap, saya mula menghabisk­an masa setiap hujung minggu untuk membuat biskut.

“Biasanya saya akan buat pada Sabtu dan Ahad kerana hanya dua hari itu saja masa lapang yang saya ada. Selebihnya saya terbabit dengan latihan skuad negara.

“Dan dengan membuat biskut, inilah masanya untuk saya dapat luangkan masa bersama-sama keluarga sebab seperti saya katakan tadi, bukan selalu ada peluang seperti ini,” katanya.

Mengenai resipi untuk membuat biskut pula, Najwa berkata, ibunya lebih arif dan atas faktor itu, dia tidak mahu menjejaska­n resipi ibunya itu.

“Saya namakan biskut ini ‘mom’s cookies’ sebab mama yang membuat adunannya. “Kemudian saya akan bantu gaul, membentuk biskut dan memasukkan­nya ke dalam ketuhar.

“Pendek kata apa saja yang mama arahkan, saya akan ikut arahannya. Saya tak ambil kisah sangat mengenai adunannya kerana akan serahkan sepenuhnya kepada mama.

“Yang pasti membuat biskut memang tidak sukar berbanding yang kita sangkakan,” katanya.

Jelas Najwa, setiap adunan yang dilakukann­ya mampu untuk membuat 100 keping biskut.

“Tapi, dalam proses untuk

„ Najwa habis masa terluang

hujung minggu di dapur

membuat biskut itu, separuh daripadany­a saya sudah makan sendiri. Bermakna tak semuanya dapat disimpan di dalam balang.

“Baki yang ada itu akan dimakan kami sekeluarga ketika menonton televisyen,” katanya.

Najwa berkata, biskut hasil air tangannya itu juga dikongsi bersama rakan sepasukan dalam skuad negara.

“Kadang-kadang saya akan bawa bekalan biskut sedikit untuk kawan-kawan dan yang menariknya, mereka juga sukakan biskut yang saya buat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia