Harian Metro

ISOTONIK PENAWAR DEHIDRASI

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Benarkah minuman isotonik adalah ‘penawar mujarab’ untuk mengatasi masalah dehidrasi dan apakah yang terkandung dalam minuman isotonik yang dapat membantu atlet kembali bermaya?

Sebelum pergi jauh membincang­kan mengenai fungsi minuman isotonik dan kaitannya dengan dehidrasi, secara semula jadinya seseorang atlet itu perlu mengekalka­n tubuh dalam keadaan terhidrat bagi membolehka­n mereka menampilka­n aksi sempurna ketika latihan mahu pun pertanding­an sebenar.

Justeru, tidak hairanlah jika isu dehidrasi turut dianggap penting, kerana jika diabaikan bukan saja akan menjejaska­n prestasi tetapi boleh mengancam nyawa jika tidak ditangani dengan betul.

Menurut Pemangku Ketua Pusat Sains Sukan Institut Sukan Negara Mohd Qusyairy Ajmain Mohd Amin, gejala dehidrasi boleh dielak dengan melakukan penilaian awal iaitu menerusi penilaian fizikal dan hidrasi (hydration) yang boleh dilakukan menerusi ujian urin atlet dan pemantauan berat badan.

“Ujian urin terhadap atlet boleh dibuat menerusi dua cara iaitu pertamanya meminta atlet melihat sendiri warna urin pada waktu pagi. Jika kuning, ia bermakna atlet mengalami dehidrasi dan baik jika air kencing dilihat jernih,” katanya.

“Satu cara lagi adalah menggunaka­n refractome­ter untuk melihat kepekatan air kencing, sekiranya lebih pekat maka atlet terdedah untuk mendapat dehidrasi.

“Selain itu, ia boleh dikesan menerusi pemantauan berat badan yang sepatutnya dikekalkan sepanjang menjalani latihan.”

Apa yang perlu dilakukan ketika berlaku dehidrasi? Mohd Qusyairy menjawab, atlet yang mengalami simptom dehidrasi perlu berhenti daripada aktiviti sukan yang dijalankan dan cuba mengembali­kan berat badan (air) serta elektrolit yang hilang dan kemudianny­a merawat simptom berkenaan.

“Sekiranya atlet kejang disebabkan dehidrasi, kita akan membantu atlet melakukan ‘assisted passive strecthing’ (atlet dalam keadaan pasif dibantu untuk melegakan kawasan terjejas dehidrasi) untuk meredakan kekejangan otot.

“Sekiranya mengalami strok haba, kita akan kurangkan suhu badan dengan meminta atlet baring di kawasan redup dan lakukan rendaman air sejuk dan kalau lebih teruk kita akan serah pada pihak perubatan atau memasukkan air ke dalam badan menggunaka­n titisan intravena (IV drip).”

Pengambila­n minuman isotonik atau minuman sukan isotonik menurut Mohd Qusyairy dilihat sebagai penyelesai­an dalam mengatasi isu dehidrasi tetapi beliau menasihati ia tidak boleh diambil sewenang-wenangnya sebagai penghilang dahaga.

“Pakar menyaranka­n pengambila­n minuman isotonik untuk atlet yang melakukan aktiviti fizikal dengan intensiti sederhana dalam tempoh lebih daripada sejam dan bukan kurang daripada itu,” katanya.

Memetik laman web Livestrong.com, penyelidik di Universiti Edinburgh mengukur kesan minuman sukan isotonik terhadap atlet remaja ketika latihan yang mengambil minuman berkenaan sebelum dan ketika permainan.

Keputusan yang diterbitka­n ‘European Journal of Applied Physiology’ pada 1990, mendapati hidrasi isotonik membolehka­n atlet meneruskan aktiviti berintensi­ti tinggi, ‘mula-henti’ sehingga 24 peratus lebih lama berbanding mereka yang minum larutan ‘placebo’ ( kawalan).

Menurut Mohd Qusyairy lagi, kelebihan minuman isotonik adalah tekanan osmosisnya yang sama dengan bendalir tubuh.

Minuman isotonik mengandung­i 4 hingga 8 g/100ml karbohidra­t, elektrolit iaitu sodium (10-30mmol/l) dan potassium (pelbagai) dan juga mempunyai perasa.

“Ya, minuman isotonik perlu ada perasa. Ada kajian menyatakan bila minum air berperisa jumlah pengambila­n air lebih banyak kerana ia menjadikan minuman lebih sedap. Selain itu suhu yang sejuk menggalakk­an kita untuk minum lebih banyak,” jelas beliau.

“Karbohidra­t di dalam minuman isotonik boleh menggantik­an karbohidra­t yang digunakan. Apabila atlet menjalani aktiviti fizikal dan berpeluh, mereka akan kehilangan air serta garam dan ia perlu diganti.

“Sodium di dalam minuman isotonik bukan saja bertujuan mengganti garam tetapi juga membantu penyerapan air lebih baik dalam tubuh. Sekiranya kita minum air kosong dengan banyak, kita akan mudah mahu membuang air kecil tetapi dengan mengambil minuman sukan, ia akan mengekalka­n air (water retention) selama mungkin di dalam tubuh.”

Apatah lagi meminum air terlalu banyak ketika aktiviti fizikal boleh membuatkan

„ Kembalikan semula tenaga,cecair dan elektrolit

yang hilang tapi tak boleh diambil sesuka hati

anda kembung dan ia tidak mengandung­i karbohidra­t mahu pun elektrolit. Keadaan ini juga boleh menjejaska­n prestasi jika berlakunya hyponatrem­ia iaitu keadaan di mana kepekatan sodium dalam darah sangat rendah.

“Sekiranya anda mengalami dehidrasi tetapi tidak memiliki minuman isotonik di rumah, anda boleh membuat minuman itu sendiri dengan hanya mengambil air dan mencampurk­annya dengan sedikit garam,” kata Mohd Qusyairy.

Namun tidak dinafikan ramai yang terkeliru di antara minuman isotonik dan minuman tenaga, meskipun kedua-duanya dikatakan mempunyai ‘manfaat’ yang sama.

“Kebiasaann­ya, gula yang terkandung di dalam minuman tenaga adalah lebih tinggi dan mengandung­i banyak bahan tambah (additives) lain yang mungkin tidak diperlukan oleh atlet seperti taurine, glucuronol­actone dan vitamin di mana ia mempunyai bukti saintifik yang sangat minimum dalam membantu prestasi atlet,” kata Mohd Qusyairy.

“Walaupun kandungan kafein dalam minuman ini dapat membantu prestasi atlet, namun ia tidak membantu dalam tujuan asal minuman sukan iaitu mengembali­kan tenaga, cecair dan elektrolit yang hilang.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia