Harian Metro

SIAPA HEBAT?

- AFP

London

Kebangkita­n dipamerkan Chelsea selepas mengharung­i tempoh mengecewak­an musim lalu, akan diuji malam ini apabila anak buah Antonio Conte menentang pendahulu Liga Perdana, Manchester City yang dikendalik­an Pep Guardiola.

Selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di Stamford Bridge minggu lalu, Chelsea melebarkan rekod tujuh kemenangan liga, persembaha­n terbaik sejak 2010.

Manakala rentak cemerlang City pada awal musim semakin pudar, mereka tidak pernah tewas di laman sendiri di bawah kendalian Guardiola dan bakal memiliki kelebihan dua mata mengatasi Chelsea jika menang.

“Ini adalah ujian besar kerana Man City adalah pasukan yang hebat,” kata Conte selepas anak buahnya bangkit mengatasi Spurs.

“Berbanding dua bulan lalu, kami adalah pasukan berbeza. Sukar untuk kami mengatasi Tottenham jika kami masih pasukan yang sama dua bulan lalu.”

City menjadi pendahulu dua bulan lalu, memenangi enam perlawanan awal manakala Chelsea berdepan dua kekalahan berturut-turut kepada Liverpool dan Arsenal menyebabka­n mereka di kedudukan kelapan.

Namun, kekalahan 2-0 City kepada Spurs mendedahka­n skuad kendalian Guardiola masih dalam proses memantapka­n pasukan dan walaupun memenangi tiga perlawanan di tempat lawan, mereka seri dalam tiga perlawanan terakhir di laman sendiri.

Manakala Chelsea berada pada tahap terbaik sejak Conte menukar formasi 3-4-3

„ Anak buah Guardiola sedia sekat Blues untuk kekal peneraju Liga Perdana Inggeris

pada separuh masa kedua ketika tewas 3-0 di Arsenal pada 24 September.

Jika mereka menang di Stadium Etihad, ia adalah kali pertama mereka memenangi lapan perlawanan berturut-turut dalam musim sama sejak sembilan perlawanan dari Januari hingga April

2007.

Pertembung­an malam ini turut membabitka­n saingan penyerang City Sergio Aguero dan bintang Chelsea Diego Costa yang kini penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 10 gol.

Conte memilih untuk mengekalka­n barisan yang sama diturunkan dalam enam perlawanan terakhir

Chelsea manakala Guardiola mengubah pemain berdasarka­n taktikal.

 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia