Harian Metro

‘KAMI TAK BOLEH KALAH’

- AFP

Barcelona dilihat sebagai pasukan yang lebih terdesak ketika Real Madrid bertandang ke Catalonia untuk mengharung­i pertembung­an El Clasico pertama malam ini.

Madrid menang semua 15 mata dalam saingan La Liga di bawah kendalian Zinedine Zidane sejak kedua-dua pasukan bertemu April lalu dan secara keseluruha­n, mereka mengharung­i 31 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an.

“Sabtu (hari ini) kami perlu bermain lebih baik berbanding Madrid. Mereka boleh tewas, tetapi kami tidak boleh,” kata pertahanan Barcelona Gerard Pique.

Barca sedang mengharung­i permulaan liga paling buruk sepanjang sembilan musim.

Bagaimanap­un, jurulatih Luis Enrique percaya kritikan media terhadap pasukannya adalah keterlalua­n dan menjadikan masalah dalaman yang mereka alami pada awal tahun lalu sebagai punca.

“Kami masih lagi pilihan untuk menjuarai semua kejohanan tetapi penting bagi kami untuk meningkatk­an permainan,” kata Enrique.

“Kami kurang konsisten tetapi jangan pandang remeh kemampuan kami. Pada musim pertama saya di sini, anda kerap mengkritik kami tetapi kami tetap muncul juara liga dan memenangi dua kejuaraan lagi.”

Perlawanan terhebat antara dua kelab terbaik Eropah itu bakal menarik perhatian 650 juta penonton seluruh dunia, kata kajian yang dibuat oleh La Liga.

“Saya tidak berniat untuk mengatakan bahawa ini perlawanan biasa. Ia adalah sangat penting, ia mempunyai makna tersendiri ... rasa tersendiri,” kata presiden Real Florentino Perez.

“Tidak siapa dapat menafikan bahawa perlawanan ini membawa kesan ke seluruh dunia. Ia disaksikan berjuta-juta peminat di seluruh dunia, sama seperti final Piala Dunia.”

Begitupun, satu-satunya perkara yang enggan diperkatak­an Zidane ketika ini ialah peluang pasukannya untuk merangkul gelaran La Liga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun pasti cerah jika mereka menang di Camp Nou.

“Saya tidak mahu memikirkan soal akan datang,” katanya selepas memberi peluang anaknya Enzo beraksi ketika Madrid menang 6-1 pada saingan Copa del Rey ke atas Cultural Leonesa, Khamis lalu.

“Kami hanya mahu memikirkan soal persediaan bagi menghadapi perlawanan itu dan apa saja yang berlaku, ia tidak memberi kesan besar terhadap peluang merangkul La Liga.”

„ Barcelona terdesak buru kemenangan ke atas Real

 ??  ??
 ?? Luis Enrique ?? Kami kurang konsisten tetapi jangan pandang remeh kemampuan kami. Pada musim pertama saya di sini, anda kerap mengkritik kami tetapi kami tetap muncul juara liga dan memenangi dua kejuaraan lagi”
Luis Enrique Kami kurang konsisten tetapi jangan pandang remeh kemampuan kami. Pada musim pertama saya di sini, anda kerap mengkritik kami tetapi kami tetap muncul juara liga dan memenangi dua kejuaraan lagi”
 ?? Zinedine Zidane ?? Kami hanya mahu memikirkan soal persediaan bagi menghadapi perlawanan itu dan apa saja yang berlaku, ia tidak memberi kesan besar terhadap peluang merangkul La Liga”
Zinedine Zidane Kami hanya mahu memikirkan soal persediaan bagi menghadapi perlawanan itu dan apa saja yang berlaku, ia tidak memberi kesan besar terhadap peluang merangkul La Liga”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia