Harian Metro

SEJARAH BAKAL TERCIPTA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

MFaiz Subri melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila jaringan ajaibnya berjaya melepasi undian pusingan pertama anugerah Puskas 2016 Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan berpeluang cerah untuk dinobatkan selaku pemenang.

Apa yang lebih mengejutka­n, jaringan penyerang Pulau Pinang itu juga berjaya mengenepik­an jaringan pemain terbaik dunia dari Argentina Lionel Messi serta bintang Barcelona Neymar yang gagal menempatka­n diri dalam kelompok tiga terbaik.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarka­n FIFA semalam, Faiz bakal dicabar dua lagi pesaing iaitu pemain tengah kelab Brazil Corinthian­s Marlone dan penyerang skuad kebangsaan wanita Venezuela Daniuska Rodriguez.

Ketika Arena Metro mendapatka­n reaksi Faiz, dia mengakui amat terkejut dengan keputusan undian yang dikeluarka­n badan induk bola sepak dunia itu dan jauh di sudut hatinya, dia berharap mampu meraih gelaran itu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengundi

ohd

(gambar)

saya sejak undian dibuka pada bulan lalu. Tak sangka jaringan itu berjaya tercalon dalam tiga terbaik kerana gol-gol lain juga bagus.

“Saya rasa bersyukur dan anggap ia sebagai rezeki keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan selama ini. Untuk undian akhir nanti, saya harap sekali lagi tuah akan memihak saya namun kejayaan tersenarai dalam tiga terbaik pun sudah cukup,” katanya, semalam.

Faiz, 29, mencipta sensasi apabila gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium

Bandaraya pada 16 Februari lalu berjaya dicalonkan untuk merebut Anugerah Puskas tahun ini.

Gol pada minit ke-62 itu yang dikatakan ‘melanggar hukum fizik’ berjaya mencuri perhatian serata dunia selepas menjadi viral di laman sosial.

Hasil keputusan itu, Faiz bakal dijemput untuk menghadiri majlis gilang-gemilang FIFA di Zurich, Switzerlan­d bagi mengetahui keputusan akhir pemenang Anugerah Puskas, 9 Januari nanti.

„ Faiz ketepikan cabaran Neymar dan Messi

 ??  ?? PENGUMUMAN yang dibuat
di laman sesawang FIFA.
PENGUMUMAN yang dibuat di laman sesawang FIFA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia