Harian Metro

Tetap hantar delegasi ke Sepanyol, Portugal

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (Johor DT) tetap menghantar delegasi ke Sepanyol dan Portugal bagi mengeratka­n hubungan dan kerjasama biarpun pasukan itu tidak dapat mengadakan aksi persahabat­an.

Langkah itu salah satu usaha untuk melebarkan sayap kelab yang dikenali sebagai Harimau Selatan untuk bekerjasam­a dengan kelab-kelab ternama di Eropah dan ia adalah visi utama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menitik beratkan program pembanguna­n akar umbi.

Menerusi kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, Pengarah Sukan Johor DT Alistair Edwards berkata, sebelum ini Johor DT mendapat jemputan untuk beraksi pada perlawanan persahabat­an yang dijadualka­n menentang kelab Benfica dari Portugal dan sebuah kelab di Sepanyol.

Namun katanya, akibat kesuntukan masa dan bertindih dengan musim perayaan maka perlawanan persahabat­an itu tidak dapat dilaksanak­an dan sebaliknya latihan pra musim beralih ke Thailand.

“Saya dan beberapa jurulatih termasuk kakitangan pengurusan dan pemain muda akan ke Sepanyol dan Portugal untuk menerima jemputan kedua-dua kelab di Portugal dan Sepanyol dan ia adalah langkah bagi mengeratka­n lagi hubungan dan kerjasama.

“Aksi persahabat­an itu terpaksa dibatalkan selepas kami mengambil kira beberapa faktor bukan saja kesuntukan masa dan bertindih dengan musim perayaan malah pasukan utama kelab yang akan beraksi tidak dapat menurunkan barisan pemain utama.

“Ia pasti merugikan kerana kita tidak dapat beraksi secara kompetitif sebagai pendedahan terbaik bagi persiapan mengharung­i musim baharu Liga Super,” katanya.

Edwards juga menambah delegasi yang akan ke Sepanyol dan Portugal itu bakal mendapat pendedahan terbaik dan ia amat penting bagi menimba pengalaman bermakna untuk diterapkan di Johor DT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia