Harian Metro

Kojie seru rakan buru gol awal

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pemain Pahang sudah bersedia untuk merobek gawang Kuala Lumpur apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi separuh akhir kedua Piala Emas Raja-Raja 2016 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, malam ini.

Kapten Tok Gajah Mohd Fauzi Roslan atau Kojie mahu rakan sepasukan memanfaatk­an segala peluang dimiliki terutama bagi mendapatka­n gol awal untuk memberi tekanan kepada tuan rumah.

Katanya, kelebihan dimiliki Kuala Lumpur yang beraksi di laman sendiri juga tidak memberi kesan kerana kebangkita­n akan dilakukan untuk mencapai misi utama iaitu melangkah ke pentas akhir.

“Oleh itu, sokongan padu peminat amat ditagih untuk memberi semangat kepada kami menghampak­an tuan rumah sekali gus mencerahka­n peluang menjulang piala berprestij ini.

“Bekalan 1-0 yang dimiliki Kuala Lumpur tidak mematahkan semangat kami untuk beraksi di pentas akhir musim ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bagi pemain pertahanan, Muhammad Ilham Yusof berkata, kekalahan pada separuh akhir pertama minggu lalu tidak mematahkan semangat sebaliknya mereka sedia bangkit untuk menewaskan Kuala Lumpur.

“Kami akan berjuang sehingga tamat tempoh perlawanan kerana peluang masih lagi terbuka dan sebagai pemain di bahagian pertahanan, saya akan pastikan tuan rumah tidak dapat menjaringk­an gol.

“Sokongan padu peminat juga pasti dapat membantu untuk memastikan Pahang layak ke pentas final,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia