Harian Metro

David tak terburu-buru

- Azmil Sulaiman sukan@hmetro.com.my

Kuching: Pengendali Sarawak David Usop enggan terburu-buru memilih pemain import bagi memperkuat­kan jentera skuad Bujang Senang untuk mengharung­i kempen Liga Super 2017.

Menurut David, pemain import yang ketika ini sedang menyertai latihan bagi sesi pemilihan perlu menepati kriteria yang diperlukan pasukannya.

“Kami tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan dalam perkara ini kerana pemain yang dipilih mesti menepati ciri-ciri yang diperlukan pasukan Sarawak.

“Malah, ia penting untuk diambil kira bagi memantapka­n kekuatan pasukan sebelum mengharung­i kempen Liga Malaysia musim depan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pemilihan di Stadium Negeri, Kuching.

Apa yang pasti, Sarawak perlu memperkema­skan sentuhan di bahagian serangan sebelum memulakan saingan liga yang kini semakin kompetitif dengan pendatang baru dari Liga Perdana.

David berkata, setakat ini tujuh pemain import sedang menjalani latihan saringan terakhir sebelum pihaknya membuat sebarang keputusan pengambila­n pemain.

“Mereka memulakan latihan sejak Isnin lalu dan membabitka­n pemain dari Croatia, Korea Selatan, Brazil, Argentina, Filipina dan Sepanyol. Selepas ini mereka akan diuji dalam satu perlawanan persahabat­an dan dari situ kami akan memilih siapa yang akan kekal dan menyarung jersi Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, skuadnya kini memerlukan dua atau tiga awang import sementara satu slot lagi hampir pasti dimiliki tonggak pertahanan tengah, Teah Dennis yang menyertai pasukan itu ketika jendela perpindaha­n musim lalu.

Menurut David, beberapa pemain dari Liberia dan Bosnia Herzegovin­a akan tiba dalam masa terdekat untuk mencuba nasib bersama pasukan Ngap Sayot.

“Bagaimanap­un, pasukan Sarawak musim depan akan menggunaka­n 90 peratus pemain tempatan, manakala bakinya akan diisi dengan khidmat tonggak import tempatan dan asing.

“Lebih baik kita menggunaka­n khidmat pemain tempatan yang berbakat, berbanding ambil import tempatan tetapi tidak beraksi dalam pasukan,” katanya.

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) setakat ini hanya mengekalka­n tiga import tempatan iaitu Shahril Saari, Ramesh Lai Ban Huat dan pemain kebangsaan, Ronny Harun

(gambar).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia