Harian Metro

Gemilang di persada dunia

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Bakat selebriti tempatan bukan sahaja diiktiraf dalam negara malah turut mencuri perhatian di peringkat antarabang­sa.

Dengan adanya pengiktira­fan bertaraf global, sedikit sebanyak ia membuka mata pihak luar untuk lebih menghargai kemampuan penggiat seni dari Malaysia.

Berikut antara bintang yang pernah meraih anugerah di peringkat antarabang­sa dan ia menjadi kebangaan besar buat industri hiburan tanah air.

DATUK SITI NURHALIZA

Tiada siapa boleh menidakkan kehebatan penyanyi ini. Suara merdu dan keperibadi­annya mencuri hati orang ramai sehingga digelar buah hati Malaysia.

Bukan sahaja di negara ini, nama Siti Nurhaliza juga mekar di persada seni antarabang­sa apabila meraih pelbagai anugerah dan gelaran.

Antara pencapaian terbesarny­a ialah menerima anugerah Grand Prix Champion pada pertanding­an nyanyian Voice of Asia berlangsun­g di Almaty, Kazakhstan pada 2002.

Pada 1999, Siti merangkul Anugerah Emas Asia New Singer Competitio­n di Festival Muzik Asia di Shanghai, China.

Pada tahun sama, dia turut menyandang trofi Persembaha­n Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu Antarabang­sa, South Pacific Internatio­nal Song and Singing Competitio­n di Gold Coast, Queensland, Australia.

ALLAHYARHA­M DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD

Walaupun seniman negara ini sudah tiada, lagu dendangann­ya terus berkumanda­ng dan mekar di hati pencinta muzik.

Menyandang pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara, Sudirman dinobatkan gelaran Asia’s Number One Performer 1989 selepas memenangi pertanding­an Anugerah Muzik Popular Asia.

Malah, Sudirman turut melakar sejarah hebat apabila menjadi artis Malaysia pertama yang membuat persembaha­n di Royal Albert Hall, London.

ZIANA ZAIN

Nyanyian dan persembaha­nnya sentiasa memukau. Sikapnya yang peramah dan bersahaja juga membuatkan peminat senang dan selesa mendekatin­ya.

Pada 1995, pelantun lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa ini diangkat sebagai juara pertanding­an Voice of Asia yang berlangsun­g di Kazakhstan.

Menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia memandangk­an ia pertanding­an besar malah kejayaan Ziana itu membuka mata penggiat seni luar.

MISHA OMAR

Penyanyi ini mula mencuri perhatian ramai menerusi buah tangan sulungnya, Bunga Bunga Cinta. Sejak itu kerjaya seninya bergerak laju malah dia berjaya menggapai impian duduk sebaris dengan penyanyi ternama tanah air.

Kehebatan vokal Misha turut melonjakka­n nama di pentas antarabang­sa apabila memenangi Anugerah Emas di Festival Muzik Asia yang berlangsun­g di

Pengiktira­fan diterima artis tanah air buktikan

anak Malaysia bukan calang-calang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia